100k Unit Topi Keledar Percuma, Termasuk Kanak-Kanak Untuk Rakyat Kurang Mampu
TERKINI
10/13/20231 min read
MENERUSI Belanjawan 2024 yang dibentangkan, hari ini, kerajaan bersetuju untuk mengagihkan sejumlah 100 ribu unit topi keledar secara percuma, termasuk untuk kanak-kanak yang disasarkan kepada golongan kurang berkemampuan.
Selain pemberian topi keledar percuma, kerajaan juga bersetuju untuk terus menanggung bayaran ujian memandu bagi lesen motosikal kelas B2, e-hailing dan teksi yang memberik manfaat kepada lebih 40,000 belia daripada keluarga kurang mampu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2024 Malaysia Madani berkata inisiatif itu dilaksanakan hasil daripada pendapatan yang diraih menerusi penjualan nombot plet khas.
Selain itu, kerajaan juga akan meneruskan inisiatif FLYsiswa iaitu bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar kurang berkemampuan pulang ke kampung halaman pada tahun hadapan.