5 Pelumba Berpotensi Menang Di WorldSBK Australia, Menurut Nicolo Bulega

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

2/20/20251 min read

two pictures of a person riding a motorcycle
two pictures of a person riding a motorcycle

PELUMBA pasukan Aruba.it Racing Ducati, Nicolo Bulega menjadi calon utama untuk menjuarai perlumbaan pembuka tirai WorldSBK Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) 2025 di Phillip Island, Australia hujung minggu ini.

Selain menjuarai perlumbaan pada musim lalu sebagai 'rookie', pelumba kelahiran Itali itu membuktikan kejaguhannya apabila turut mendominasi ujian pra-musim kejuaraan berkenaan awal minggu ini.

Mengakui memiliki peluang untuk mengulangi kejayaannya pada musim ini, Bulega begitupun percaya ada beberapa pelumba yang berpotensi menjulang kejayaan di Phillip Island termasuk penyandang juara dunia, Toprak Razgatlioglu.

"Susah nak kata," kata Bulega ketika ditanya mengenai pelumba yang berpeluang meraih kemenangan minggu ini. Ada begitu ramai pelumba yang laju ketika ujian, saya, Toprak Razgatlioglu, Andrea Iannone, Danilo Petrucci, Andrea Locatelli dan Alvaro Bautista.

"Ramai pelumba yang laju dan amat dekat, jadi ia akan menjadi minggu yang mengujakan."

Mengulas lanjut, Bulega berkata disebalik penguasaan penuh yang dilakukan ketika ujian pra-musim, masih banyak kerja keras diperlukan.

"Saya hanya berfikir mengenai di mana saya boleh meningkat, kerana semua orang akan banyak meningkat," katanya.

"Saya masih perlu mengambil satu langkah ke depan. Saya akan cuba, bersama pasukan saya untuk mengekalkan keyakinan yang saya ada ketika ujian dan kekal di kedudukan teratas."