ABANG Akan Bersara Kalau Tak 'Seronok' Di Gresini - Alex Marquez

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

10/17/20231 min read

ADIK kepada Marc Marquez, Alex Marquez mendedahkan perkhabaran kurang enak didengar peminat pemilik angka 93 di MotoGP itu yang turut membabitkan perpindahan ke Gresini Ducati.

Menurut Alex, abangnya memberitahu akan bersara jika dia tidak menikmati tahun pertamanya bersama pasukan satelit Ducati itu.

Musim depan, adik beradik Marquez itu akan bergelar rakan sepasukan di Gresini Ducati selepas Marc menandatangani kontrak bagi musim 2024 selepas meninggalkan Repsol Honda.

Ketika ditanya sama ada Marc bersedia untuk melanjutkan kontrak setahun yang ditandatanganinya di Gresini, Alex mendedahkan perincian mengenai perbincangan membabitkan dua saudara itu kepada TNT Sports.

"Kita tunggu dan lihat. Antara sebab mengapa perjanjiannya hanya setahun adalah untuk melihat sama ada dia masih menikmati dunia (MotoGP)," kata Alex memetik laporan Crash,net.

"Dia berkata kepada saya. 'Jika saya tidak menikmatinya, saya akan bersara. Ia seperti ini. Ia adalah satu kemungkinan. Dia mahu melihat saya ada dia boleh menikmatinya sekali lagi. Sama ada dia masih boleh laju selepas kecederaan yang dialaminya.

"Saya tidak keraguan mengenainya tetapi dia ada. Dia ada alasan untuk merasai (keraguan) itu kerana saya menghadapinya apabila saya menunggang jentera Honda tahun lepas. Saya yakin di Valencia, dia akan menikmatinya sekali lagi, apa yang berada dalam kepalanya akan hilang dengan pantas."

Ditanya sama ada dia mempengaruhi keputusan abangnya ke Ducati, Alex berkata: "Tidak. Seperti dia cakap, dia mengubah keputusannya, ideanya setiap hari."

Selain itu, Alex turut menegaskan jentera Ducati yang setahun lebih tua sebagai cukup baik dan berkata jentera itu membenarkan abangnya untuk membuktikan dia adalah pelumba terbaik di MotoGP.

"Sudah beberapa tahun dia tidak menunjukkannya kerana dia berada dalam situasi yang sukar. Tetapi tahun depan, dia mempunyai peluang untuk menunjukkannya sekali lagi," katanya.