ADA Pelumba MotoGP Dapat Gaji Tak Setimpal - Jack Miller
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
4/20/20252 min read


PELUMBA Australia, Jack Miller mendedahkan ada pelumba di MotoGP ketika ini yang memperoleh gaji tidak setimpal dengan apa yang mereka lakukan atau 'sekacak' seperti yang sepatutnya.
Miller yang kini berlumba bersama pasukan Pramac Yamaha berkata, gaji yang diterima oleh para pelumba di grid MotoGP ketika ini merosot sejak era Valentino Rossi dan Jorge Lorenzo.
Menurutnya, penurunan gaji itu antaranya adalah disebabkan oleh pengeluar yang dikatakan menjadi terlalu dominan dan bukan disebabkan oleh pelumba.
Ketika ini, pelumba Monster Yamaha, Fabio Quartararo dilaporan menjadi pelumba dengan gaji terbanyak di MotoGP dengan € 12 juta (RM 60.3 juta) setahun selepas Marc Marquez 'menolak' tawaran mega daripada Honda.
"Pelumba-pelumba sebelum ini, tiga atau empat terbaik, memperoleh gaji yang menakjubkan," kata Miller kepada podcast Gypsy Tales memetik laporan Crash.net.
"Kini mereka yang juga rookie, atau pelumba yang sudah lama, termasuk diri saya, menandatangani kontrak dengan nilai yang cukup kecil. Hanya untuk memperoleh jentera atau berlumba.
"Satu lagi cara untuk membuat duit yang bagus atau untuk bergerak ke depan adalah berlumba dengan sesuatu yang berbeza. Mereka sudah meletakkan tanda aras di situ. Pasaran sudah jatuh.
"Marc masih Marc, Pecco masih Pecco. Tetapi lihat kembali pada 10 tahun lalu? Sudah untuk menyatakannya, menjadi pelumba, tetapi tiada siapa cuba untuk merebut pelumba kami.
"Melainkan jika pelumba itu mahu pergi, seperti saya atau Enea (BAstianini) dari Ducati, tiada siapa mahu mendapatkan mereka Kamu tidak merasakan yang kamu kehilangan mereka kepada pencabar.
"Jentera mereka kuat. Mereka mencipta tanda aras. Ia menyedihkan kepada mereka kerana mereka tidak dibayar seperti yang sepatutnya."
Miller turut mengakui ada pelumba yang terdesak untuk mendapatkan jentera terbaik sehingga mereka melakukan tawar menawar terhadap posisi mereka dalam perbincangan kontrak.
"Yang terbaik akan sentiasa muncul di kalangan pelumba. Tetapi apabila pilihan diambil, atau tiada pilihan kerana seseorang jauh lebih hebat daripada yang lain, ia akan mengurangkan nilai pasaran."
"Pelumba-pelumba ingin menang, memberikan yang terbaik. Itulah yang mereka kejar, keputusan."
"Malangnya adalah beberapa daripada mereka tidak dibayar seperti yang sepatutnya, untuk merisikokan diri mereka boleh dikatakan setiap minggu.
"Mereka (pelumba) mempunyai masa yang terhad untuk membuat duit. Apa yang diperoleh (gaji pelumba) berkurangan dengan banyak sejak 10 tahun lalu," kata Miller yang sudah 11 tahun berlumba di MotoGP.
