ADA Ruang Untuk Pecco Meningkat
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
3/9/20251 min read


BOS Ducati Corse, Gigi Dall’Igna percaya prestasi yang ditampilkan naib juara MotoGP musim lalu, Francesco Bagnaia ketika Grand Prix Thailand 2025 bukan di tahap terbaik.
Pada aksi di Buriram, Bagnaia dari Ducati Lenovo menamatkan kedua-dua perlumbaan di kedudukan ketiga di belakang adik beradik, Marc dan Alex Marquez.
Ketika rakan sepasukannya Marc, Bagnaia tampak memperoleh ujian lebih mudah, Bagnaia dilihat bergelut untuk menyesuaikan diri dengan pakej Ducati GP25 miliknya dan ia diakui oleh Dall’Igna.
"Perlumbaan pertama sentiasa paling sulit kerana kamu tidak tahu tahap kamu berbanding pelumba lain," kata the most complicated because you never know your level compared to the others,” Dall’Igna kepada Sky Sport Italy.
"Saya fikir Marc (Marquez) mempunyai jentera yang cukup sesuai dengannya dan dia sudah pun tahu apa yang perlu dilakukan.
"Pecco (Francesco Bagnaia), atas beberapa alasan, masih mempunyai ruang untuk bertambah baik dan saya menjangkakan dia akan melakukannya.
"Marc memperoleh ujian yang lebih mudah di mana Pecco lebih sukar dan ini memberi petunjuk yang dia agak bergelut dalam persiapannya menghadapi perlumbaan."
Dall’Igna juga memberi petunjuk yang pasukan itu sudah pun melakukan kerja untuk meningkatkan prestasi Ducati GP24 yang bakal menyaksikan jurang di antara jentera GP25 dan GP24 akan meningkat.
"Ketika ini sudah ada perbezaan di antara jentera pasukan 'kilang' dan pasukan lain yang menggunakan Ducati. Pada ujian di Jerez nanti kami akan cuba melakukan penambahbaikkan lain."
