ADIK Beradik Marquez Paling Banyak Jatuh Di MotoGP Musim Ini

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

7/5/20231 min read

Jaguh Honda, Marc Marquez dan adiknya Alex Marquez mengisi dua tangga teratas pelumba paling banyak mengalami kemalangan atau 'crash' setakat ini di MotoGP 2023.

Menurut statistik rasmi MotoGP, selepas lapan pusingan perlumbaan berlangsung, Marc (Repsol Honda) menghuni tangga teratas selepas dipalit 14 kemalangan.

Ia diikuti adiknya Alex (Gresini Ducati) 12 kemalangan dan berkongsi angka itu dengan seorang lagi pelumba Repsol Honda, Joan Mir.

Tetapi ketika Alex mengharungi kesemua lapan pusingan yang berlangsung, Mir terlepas dua pusingan sepenuhnya dan terpaksa menarik diri daripada perlumbaan dalam dua pusingan susulan kecederaan.

Marc dalam pada itu menarik diri daripada 3 pusingan perlumbaan dan tak melengkapkan dua perlumbaan terakhir kerana menarik diri di saat akhir.

Juara dunia MotoGP enam kali itu turut tidak mengambil bahagian dalam 3 pusingan perlumbaan susulan kecederaan yang dihadapi ketika aksi pembukaan 2023 di Portugal.

Berikut senarai pelumba paling kerap 'tergolek' di MotoGP musim ini:

1. Marc Marquez, Honda - 14

2. Alex Marquez, Ducati - 12

3. Joan Mir, Honda - 12

4. Augusto Fernandez, KTM - 11

5. Jack Miller, KTM - 10

6. Aleix Espargaro, Aprilia - 9

7. Miguel Oliveira, Aprilia - 8

8. Marco Bezzecchi, Ducati - 7

9. Fabio Di Giannantonio, Ducati - 7

10. Luca Marini, Ducati - 7

11. Jorge Martin, Ducati - 7

13. Brad Binder, KTM - 6

14. Raul Fernandez, Aprilia - 6

15. Johann Zarco, Ducati - 6

16. Enea Bastianini, Ducati - 5

17. Franco Morbidelli, Yamaha - 5

18. Takaaki Nakagami, Honda - 5

19. Fabio Quartararo, Yamaha - 5

20. Alex Rins, Honda - 5

21. Maverick Viñales, Aprilia - 5

22. Francesco Bagnaia, Ducati - 4

23. Stefan Bradl, Honda - 2 (Pelumba gantian/ujian)

24. Pol Espargaro, KTM - 2

25. Jonas Folger, KTM - 2 (Pelumba gantian/ujian)

26. Iker Lecuona, Honda - 1 (Pelumba gantian/ujian)

27. Danilo Petrucci, Ducati -1 (Pelumba gantian/ujian)

28. Michele Pirro, Ducati -1 (Pelumba gantian/ujian)

29. Lorenzo Savadori, Aprilia - 1 (Pelumba gantian/ujian)

30. Dani Pedrosa, KTM - 0 (Pelumba gantian/ujian)

Sumber imej: FB Marc Márquez, Alex Márquez