ADIk Marc Marquez, Alex Lanjut Kontrak, Kekal Dengan Gresini Ducati Di MotoGP 2024

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

8/10/20231 min read

GRESINI Racing, salah satu daripada pasukan satelit Ducati di MotoGP musim ini mengesahkan pelumbanya, Alex Marquez akan kekal bersama pasukan itu pada musim 2024.

Berdasarkan kontrak terdahulu, pelumba kelahiran Sepanyol yang juga adik kepada juara dunia MotoGP enam kali, Marc Marquez hanya memiliki kontrak sehingga musim ini berakhir.

"Dia (Alex) kekal," umum Gresini dalam laman sosial rasmi pasukan itu.

Alex memperoleh 'pengesahan' itu kurang seminggu selepas dia memenangi Perlumbaan Sprint di Grand Prix (GP) British di Silverstone, minggu lalu yang juga kemenangan pertama dalam kelas elit itu.

Begitupun, status mengenai rakan sepasukannya, Fabio di Giannantonio masih berstatus 'teka-teki' dan pelumba kelahiran Itali itu dijangka akan kehilangan posisinya.

Pelumba yang memiliki kontrak hingga penghujung musim 2024:

Monster Energy Yamaha MotoGP Team

  • Fabio Quartararo (Penghujung 2024 - Kontrak Yamaha)

  • Alex Rins (Penghujung 2024 - Kontrak Yamaha)

Ducati Lenovo Team

  • Francesco Bagnaia ( Penghujung 2024 - Kontrak Ducati)

  • Enea Bastianini (Penghujung 2024 - Kontrak Ducati)

Aprilia Racing

  • Aleix Espargaro (Penghujung 2024 - Kontrak Aprilia)

  • Maverick Vinales (Penghujung 2024 - Kontrak Aprilia)

Repsol Honda Team

  • Marc Marquez (Penghujung 2024)

  • Joan Mir (Penghujung 2024)

Red Bull KTM Factory Racing

  • Jack Miller (Penghujung 2024)

  • Brad Binder (Penghujung 2024)

Gresini Racing MotoGP (Ducati)

  • Alex Marquez (Penghujung 2024)

Prima Pramac Racing (Ducati)

  • Jorge Martin (Penghujung 2024 - Kontrak Ducati)

RNF MotoGP Team (Aprilia)

  • Miguel Oliveira (Penghujung 2024 - Kontrak Aprilia)

  • Raul Fernandez (Penghujung 2024 - Kontrak Aprilia)

Tech3 GASGAS Factory Racing (KTM)

  • Pol Espargaro (Penghujung 2024 - Kontrak KTM)

  • Augusto Fernandez (Penghujung 2024 - Kontrak KTM)

*KTM Perlu mencari tempat untuk Pedro Acosta di MotoGP 2024

Pelumba yang memiliki kontrak hingga penghujung musim 2023:

Monster Energy Yamaha MotoGP Team

  • Franco Morbidelli (Penghujung 2023)

Gresini Racing MotoGP (Ducati)

  • Fabio di Giannantonio (Penghujung 2023)

Prima Pramac Racing (Ducati)

  • Johann Zarco (Penghujung 2023 - Kontrak Ducati)

Mooney VR46 Racing Team (Ducati)

  • Luca Marini (Penghujung 2023)

  • Marco Bezzecchi (Penghujung 2023)

LCR Honda Castrol/Idemitsu

  • Takaaki Nakagami (Penghujung 2023 - Kontrak Honda)