ADRIAN Huertas Menang Perlumbaan 1 WorldSSP Di Donington Park, KIP Terus Bergelut
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
7/13/20241 min read
KEBANGKITAN yang dicari pelumba WorldSSP negara, Khairul Idham Pawi pada Pusingan 5 WSBK 2024 belum menjadi kenyataan selepas sekali lagi menamatkan Perlumbaan 1 di luar pungutan mata.
Pada aksi yang dimenangi oleh pelumba Sepanyol, Adrian Huertas dari pasukan Aruba.it Racing WorldSSP Team, itu, Khairul Idham yang berlumba bersama pasukan Petronas MIE Racing Honda sekadar menamatkan perlumnbaan di tempat ke-25.
Rakan sepasukannya, Kaito Toba juga bergelut dengan jentera Honda CBR600RR selepas menamatkan aksi di tangga ke-20.
Sementara itu, pelumba pasukan Pata Prometeon Ten Kate Racing, Stefano Manzi membuat kejutan dengan meraih tempat kedua selepas memintas Yari Montella ketika berbaki dua pusingan.
Montella daripada Barni Spark Racing Team melengkapkan kedudukan podium.
Perlumbaan 2 dijadual berlangsung pada Ahad.