AFIF Amran Juara Sulung CP150 Cub Prix Di Litar LYL
Ahmad Afif Amran dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing menjuarai perlumbaan CP150 pada Pusingan 3 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysia Cub Prix 2025 yang berlangsung penuh 'drama' di Litar Kart Antarabangsa LYL, Sg Long
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
6/15/20251 min read


PELUMBA Terengganu, Ahmad Afif Amran dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing menjuarai perlumbaan CP150 pada Pusingan 3 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysia Cub Prix 2025 yang berlangsung penuh 'drama' di Litar Kart Antarabangsa LYL, Sg Long, hari ini.
Bermula di petak ketiga, perlumbaan pada awalnya tampak seperti memberi kelebihan kepada dua pelumba, Kasma Daniel Kasmayudin dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor dan Azroy Hakeem Anuar (Honda Estremo Yuzy Racing).
Kasma yang menguasai sesi Superpole pada sebelah pagi begitupun berdepan malang apabila dikenakan penalti 'long lap' selepas melakukan 'jump start'. Situasi itu menyaksikannya 'tergelincir' ke kedudukan ke-12 sebelum bangkit menamatkan perlumbaan di tempat ke-5.
Bersaing sengit dengan Azroy hampir keseluruhan perlumbaan, Afif memanfaatkan kelebihan yang dimiliki jentera Yamaha apabila mengambil alih kedudukan memimpin perlumbaan di pusingan terakhir.
Dan tindakannya itu sekali pun mendapat maklum balas Azroy menghadiahkannya kemenangan keduanya pada musim ini.
Azroy terpaksa berpuas hati sebagai naib juara dan rakan sepasukannya, Ahmad Darwisy Ahmad Sahir.
“Saya sendiri tidak menjangkakan kemenangan ini. Sejak hari Jumaat, Kasma dan Azroy menunjukkan prestasi yang sangat kuat dan amat laju termasuk sesi kelayakan 1 hingga sesi Superpole," kata Afif.
"Saya hanya mensasarkan untuk berada dalam kelompok lima terbaik atau kedudukan podium. Tetapi hari ini, saya rasa jentera saya mempunyai lebih kuasa dan saya cuba kekal tenang di belakang mereka dan apabila peluang datang di pusingan terakhir, saya pecut sehabis mungkin dan Alhamdulillah, saya berjaya.”
Pusingan seterusnya dijadual berlangsung di Teluk Intan, Perak pada bulan depan.
