AI Ogura Akui 'Goyang' Kongsi Litar Dengan Pecco, Martin, Marc Marquez

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

11/25/20241 min read

PELUMBA Jepun, Ai Ogura yang juga pelumba 'Rookie' MotoGP musim 2025 mengakui kelajuan yang dimiliki jentera itu tidak menakutkannya.

Begitupun, apa yang membuatkannya merasa gementar adalah 'berkongsi' litar bersama nama-nama besar antaranya Pecco Bagnaia, Jorge Martín dan Marc Márquez.

Ogura yang juga juara dunia Moto2 2024 dan salah seorang daripada tiga pelumba 'Rookie' MotoGP musim depan menjalani ujian pertamanya bersama jentera MotoGP pasukan Trackhouse Aprilia.

"Pertama sekali, kami tidak berdepan masalah langsung, dengan mekanik, staf dan sebagainya, hanya mengalami kemalangan," kata Ogura memetik laporan motociclismo.

"Mereka semua individu yang baik tetapi saya masih dalam proses untuk mengenali mereka, tetapi secara keseluruhan ia adalah hari pertama yang bagus."

Ketika ditanya mengenai apa yang mengejutkannya, Ogura yang menggantikan tempat Takaaki Nakagami sebagai 'wakil' dari Jepun di MotoGP berkata kelajuan jentera kelas elit itu mengejutkannya.

"Ia mengejutkan. Saya pergi dengan perlahan untuk mengekalkan ketenangan saya, memecut dengan cara yang baik dan itu perkara yang paling sukar buat saya," kata Ogura.

"Ia agak berbeza. Ia ok (pengurusan kelajuan pada awalnya), selepas dua atau tiga pusingan, perasaan saya ok dengan kelajuannya."

Mengulas mengenai penggunaan tayar daripada jenama berbeza (Pirelli - Moto2 dan Michlein - MotoGP) serta brek karbon, Ogura berkata perbezaanya tidak begitu ketara.

Tetapi paling utama, apa yang membuatkannya sedikit ketakutan adalah pendedahan dan liputan yang diperoleh pelumba-pelumba dalam kelas berkenaan.

"Sudah tentu kesemua pelumba-pelumba ini membuatkan kamu gemuruh dan apabila saya melihat mereka di atas litar, juga dengan semua kamera, saya dapat menguruskannya dengan baik, ia tidak apa-apa."