AI Ogura Dedah Sebab Pilih Trackhouse Aprilia
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
3/8/20251 min read


PELUMBA sensasi Jepun, Ai Ogura menjelaskan keputusannya memilih pasukan Trackhouse Aprilia untuk debutnya di MotoGP.
Sebagai pelumba yang 'lahir' daripada program perlumbaan Honda, tindakan juara dunia Moto2 itu memilih pengeluar daripada Eropah nampak sedikit aneh.
Begitupun, ia nampak tepat apabila 'rookie' MotoGP itu mencapai keputusan memberangsangkan di pusingan pembukaan MotoGP di Buriram, Thailand dengan meraih tempat ke-4 Perlumbaan Sprint dan ke-5 Perlumbaan GP.
Ogura memlulakan kariernya bersama pasukan Honda Team Asia di pentas Moto3 dan Moto2 selama lima tahun dan kuat dikaitkan untuk menyertai LCR Honda IDEMITSU sebelum menolak tawaran pasukan itu.
Memilih untuk menyertai pasukan MT Helmets - MSi di Moto2 pada tahun lalu, dia kemudian dipelawa bos Trackhouse Racing, Davide Brovio untuk menyertai pasukan itu.
"Ia satu kejutan yang baik," kata Ogura memetik laporan Speedweek.com ketika ditanya mengenai pertemuan dengan Brivio buat pertama kali.
"Ketika itu kami berada di Assen atau Sachsenring pada pertengahan musim. Saya menunggang bersama Honda buat masa yang lama dan kemudian dihubungi oleh pasukan Trackhouse.
"Kami sentiasa berdepan dengan risiko itu. Jika saya tidak tampil dengan persembahan yang baik di Honda, jadi saya tidak akan berada di sana lagi selepas dua tahun. Jadi dengan sebab itu, ia tidak memberi banyak makna jentera apa yang saya tunggang.
"Saya memilih jentera yang nampak sesikit lebih kompetitif pada ketika ini, itu saja. Saya berharap segala-galanya ok di antara saya dan Honda.
"Bagi saya itu saja, tetapi saya tidak tahu bagaimana dengan mereka. Adalah bagus jika saya dapat menamatkan karier saya dengan Honda."
