'AI Ogura 'MVP' Hari ini'

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

3/1/20251 min read

PELUMBA 'rookie' Trackhouse Aprilia, Ai Ogura memperoleh pujian menggunung susulan keputusan cemerlang yang diperolehnya di pusingan pembuka tirai MotoGP 2025, Grand Prix (GP) Thailand, hari ini.

Selepas menamatkan sesi kelayakan dengan meraih petak kelima, pelumba kelahiran Jepun itu sekali lagi mencipta kejutan dengan mengakhiri Perlumbaan Sprint di tempat ke-4.

Malah, Ogura yang juga juara dunia Moto2 musim lalu turut menjadi pelumba bukan Ducati terbaik selepas menamatkan perlumbaan hanya 4.4 saat di belakang pemenang, Marc Marquez daripada Ducati Lenovo.

Sekalipun ia bukan perlumbaan utama atau Grand Prix, persembahan yang ditampilkan Ogura berjaya mengejutkan ramai pelumba 'senior' dan kedudukan itu diperolehnya di awal perlumbaan.

Pelumba VR46 Ducati, Franco Morbidelli pada awalnya cuba untuk mencabar Ogura di awal perlumbaan tetapi gerakan itu tidak berjaya dan menjadi satu-satunya cabaran buat pelumba itu.

"Pada hari ini, MVP (Pemain Paling Bernilai) adalah Ai Ogura, amat mengagumkan," kata Morbidelli yang mengakui terkejut dengan prestasi yang ditampilkan Ogura.

"Ketika saya cuba memintasnya pada awal perlumbaan saya melakukan kesilapan, kemudian saya menjangkakan dia akan turut beberapa kedudukan. Tetapi sebaliknya dia memperoleh perlumbaan yang sempurnah, ia mengagumkan, dan ia juga amat panas tetapi cantik pada masa yang sama untuk melihatnya berlumba seperti ini pada Perlumbaan Sprint pertamanya di MotoGP."

Morbidelli dalam pada itu membandingkan Ogura dengan rookie tunggal MotoGP musim lalu, Pedro Acosta.

"Kita pernah melihat pelumba Aprilia amat laju ketika Perlumbaan Sprint, jadi ia tidak mengejutkan saya kerana dia (Ogura) berada di Aprilia, apa yang mengejutkan saya adalah ini adalah minggu pertamanya di MotoGP.

"Kita banyak kami melihat bagaimana rokie bergelut dengan kategori baharu, selain daripada Pedro Acosta dan Ai Ogura," kata Morbidelli.

Pelumba ujian Aprilia, Lorenzo Savadori mengakui kagum dengan prestasi ditampilkan Ogura.

"Saya gembira kerana di adalah rookie dan dia berjaya untuk tiba ke sini dalam keadaan 100 peratus, atau hampir 100 peratus pada Perlumbaan Sprint kerana dia memperoleh Perlumbaan Sprint yang amat baik."