AIR Mata Alex Lowes Gugur Di Phillip Island

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

2/26/20241 min read

ALEX Lowes mengakui dia tidak dapat menahan daripada mengalirkan air mata sejurus melepasi memacu Kawasaki Racing Team ke garisan penamat sebagai juara Perlumbaan Superpole WorldSBK WSBK 2024 Australia, semalam.

Tidak saja menjuarai Perlumbaan Superpole, pelumba kelahiran Great Britain itu turut bergelar juara pada Perlumbaan 2 WorldSBK sekaligus menutup kempen Pusingan 1 WSBK 2024 di Phillip Island dengan penuh gemilang.

Menunggang jentera Kawasaki ZX-10RR yang keupayaannya semakin diragui selepas bintangnya, Jonathan Rea meninggalkan pasukan itu musim ini, Lowes mengakui pasukan itu tidak berhenti untuk terus bekerja keras.

"Sudah agak lama sejak kami meraih kemenangan pertama kami tetapi kami terus bekerja keras," kata Lowes."Pada Perlumbaan Superpole saya amat emosi, saya fikir saya menangis.

"Pada Perlumbaan 2, saya rasa kami memiliki lebih peluang jika ia perlumbaannya lebih panjang.

"Saya agak kecewa selepas sesi ujian pada Selasa kerana hayat tayar saya nampak baik. Kami bekerja amat keras untuk menjadikan jentera ini lebih lancar dan mudah dikendalikan pada tahun ini.

"Kami tidak dapat 'membacanya' pada Perlumbaan 2. Kami tahu ia adalah litar yang istimewa, tetapi kamu perlu menguruskan perlumbaan dengan baik dan jentera juga perlu mengharapkan keadaan tayar.

"Saya fikir saya memperoleh tayar terbaik pada penghujung perlumbaan. Jentera Alvaro (Bautista) banyak bergerak dan dia bergelut untuk mengambil selekoh."

Sering dilihat sebagai pelumba 'kedua' di KRT, Lowes berkata keyakinannya ketika ini meningkat.

"Saya melakukan kerja yang hebat. Saya akan menikmati detik ini kerana saya benar-benar melakukan kerja yang menakjubkan dan saya amat gembira. Pasukan juga melakukan kerja yang menakjubkan sepanjang minggu."