AKAN Guna Komponen Baharu Di Le Mans - Pecco Bagnaia
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
5/7/20251 min read


PECCO Bagnaia mengesahkan dia akan menggunakan komponen baharu untuk jenteranya di Grand Prix Perancis, hujung minggu ini, sesuatu yang sudah pun digunakan rakan sepasukannya, Marc Marquez.
Di Jerez, Sepanyol, Bagnaia memperoleh kedudukan podium namun ia boleh dikatakan hasil daripada kemalangan yang menimpa Marquez.
Dan lebih mengecewakan, Bagnaia yang menggunakan jentera Ducati GP25 tidak mampu untuk mengejar dua pelumba di depannya, Fabio Quartararo dan Alex Marquez untuk menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.
"Kami akan menghantar sesuatu yang kami akan gunakan di Le Mans nanti," kata Bagnaia. "Ia adalah sesuatu yang Marc sudah pun gunakan.
"Saya menanggalkannya selepas ujian di Thailand kerana saya masih belum pasti. Saya gembira untuk mengujinya. Saya rasa bagus menggunakannya.
"Kami kemudian menguji beberapa lagi perkara yang saya tidak gemar sebelum kni, dan saya memerlukan lebih masa untuk memikirkannya."
Sekali pun tidak memberitahu komponen apa yang ditukar, Bagnaia menjelaskan ia bukan lengan ayun sekali pun unit yang digunakan olehnya dan Marquez berbeza.
Bagnaia yang juga naib juara dunia MotoGap musim lalu ketika ini ketinggalan 20 mata di belakang pendahulu, Alex.
