ALEIX Espagaro Sertai Pasukan UCI WorldTeam Lidl-Trek
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
12/16/20241 min read


BEKAS pelumba Aprilia MotoGP, Aleix Espargaro yang kini bergelar pelumba ujian Honda memenuhi impiannya dengan menyertai pasukan berbasikal lebuh raya profesional, Lidl-Trek.
Apa yang menarik, Lidl-Trek yang berpangkalan di Amerika Syarikat bukan pasukan 'biasa-biasa', tetapi bertaraf UCI WorldTeam iaitu pasukan di kelas tertinggi dalam sukan berkenaan.
Espargaro secara menggantung sut lumbanya sebagai pelumba sepenuh masa di MotoGP sejurus kempen musim 2024 berakhir.
Dan selain daripada menjadi pelumba ujian kepada Honda, pelumba kelahiran Sepanyol itu akan memulakan tugasnya di Lidl-Trek secara rasmi pada 1 Januari 2025.
Tetapi jangan terlalu teruja, pemenang tiga perlumbaan MotoGP itu tidak bertindak sebagai pelumba sepenuh masa kepada Lidl-Trek, tetapi sebagai duta.
Begitupun, pelumba yang terkenal memiliki kekuatan fizikal itu turut akan diberikan peluang untuk berlumba dalam beberapa perlumbaan dalam kalendar pasukan itu, kata kenyataan media dikeluarkan Lidl-Trek.
"Saya teruja untuk menyertai keluarga Lidl-Trek family, yang menjadi 'rumah' kepada antara pelumba-pelumba berbasikal terbaik dunia," kata Espargaro.
"Saya teruja untuk mempelajari sesuatu daripada pelumba berbasikal terbaik dan juga staf dalam sukan ini, menekan diri saya ke hadnya, dan berkongsi perjalanan istimewa ini kepada kesemua peminat."
Espargara yang sememangnya terkenal sebagai pelumba yang meminati basikal turut mendedahkan dia bersara daripada MotoGP lebih awal daripada yang dirancang untuk menyertai pasukan Lidl-Trek team.
"Sukan berbasikal sentiasa menjadi minat saya selama bertahun-tahun, dan saya memutuskan untuk keluar daripada MotoGP lebih awal daripada yang dirancang untuk menyertai program yang selari dengan amat baik dengan minat saya/
"Saya benar-benar bersyukur kepada Lidl-Trek kerana mengalu-alukan saya ke dalam keluar mereka dan menyokong saya. Saya akan memberikan segala-gala yang saya ada."
