ALEX Juara Dunia 2 Kali, Amat Berbakat - Marc Marquez
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
4/12/20251 min read


MARC Marquez membalas kritikan yang menyatakan adiknya, Alex Marquez berada di MotoGP kerana dirinya.
Buat pertama kali dalam kariernya di MotoGP, Alex tiba di Grand Prix Qatar sebagai pendahulu kejuaraan.
Pelumba Gresini Ducati itu ketika ini memiliki kelebihan satu mata di puncak kejuaraan di depan abangnya selepas menamatkan keenam-enam perlumbaan (Sprint dan GP) yang ditawarkan musim ini.
Bercakap kepada Motorsports mengenai perkara berkenaan, Marc menjelaskan hubungannya dengan adiknya itu memang cukup rapat.
"Kadang kala apabila kamu menang dan kawan kamu, atau saudara kamu dalam kes saya, menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-10, dan ada perbezaan 0.8 saat setiap pusingan atau satu saat, jadi sukar untuk bercakap perkara yang sama. Kerana kamu berbeza.
"Tetapi kini kami amat rapat.
"Saya amat gembira kerana dia layak mendapatkannya. Ketika kariernya saya banyak membaca: 'Dia adalah adik kepada Marc, dia hanya berada di MotoGP kerana dia adalah adik saya...'
"Dia adalah adalah juara dunia dua kali dan berbakat! Dia sudah pasti pantas di sini.
"Saya gembira untuknya. Di atas litar saya akan mempertahankan warna merah, dan dia akan mempertahankan warna Gresini. Tetapi apa yang bagus kami berdua berlumba untuk Ducati dan kami boleh bercakap mengenai perincian yang kecil."
