ALEX Marquex Nafikan Marc Marquez Kemenangan Sprint Ke-7 Berturut-Turut
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
5/24/20252 min read


MARC Marquez terpaksa menelan hakikat pahit apabila deretan kemenangannya pada Perlumbaan Sprint yang berlarutan kepada enam pusingan berakhir di Grand Prix (GP) British 2025 kepada adiknya, Alex Marquez, hari ini.
Memulakan perlumbaan di petak ke-4, Marc memperoleh permulaan yang bagus apabila memacu jenteranya ke depan malah mengambil alih kedudukan pendahulu seawal pusingan pertama daripada pelumba Yamaha, Fabio Quartararo.
Tetapi susulan kesilapan yang dilakukan, Alex yang berlumba bersama pasukan satelit Gresini Ducati mengambil alih kedudukan itu.
Dan sekali pun sentiasa diberikan tekanan oleh pelumba pasukan 'kilang' Ducati Lenovo, Alex berjaya mengekang tekanan abangnya itu dan melepasi garisan penamat sebagai juara.
Kali terakhir Alex berjaya memenangi Perlumbaan Sprint adalah di GP Malaysia di Sepang pada 2023.
Pelumba pasukan VR46 Ducati, Fabio di Giannantonio melengkapkan kedudukan podium.
Malang buat pelumba Monster Yamaha yang memulakan perlumbaan di petak utama, Quartararo apabila terpaksa menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-7.
Selepas dipintas Marc dan Alex, pelumba kelahiran Perancis itu berusaha sehabis baik mengekalkan kedudukannya namun tidak berhasil.
Rakan sepasukan Marc, Francesco Bagnaia pada satu ketika dilihat berpeluang untuk berada di podium selepas memintas Quartararo.
Tetapi pelumba kelahiran Itali itu kemudian bergelut pada pertengahan perlumbaan yang turut menyaksikannya dipintas Di Giannantonio, pelumba Aprilia Racing, Marco Bezzecchi dan pelumba LCR Honda, Johann Zarco.
Pelumba terbaik KTM sekali lagi disumbangkan Pedro Acosta di tempat k-8.
Seorang lagu pelumba Yamaha, Jack Miller dari Pramac Yamaha turut bergelut apabila menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-9 yang juga mata terakhir Perlumbaan Sprint.
Keputusan Perlumbaan Sprint GP British 2025
Alex Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP24), 19m 53.657s
Marc Marquez (SPA) Ducati Lenovo (GP25), +3.511s
Fabio Di Giannantonio (ITA) Pertamina VR46 Ducati (GP25), +5.072s
Marco Bezzecchi (ITA) Aprilia Racing (RS-GP25), +5.658s
Johann Zarco (FRA) Castrol Honda LCR (RC213V), +6.707s
Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP25), +7.057s
Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1), +7.231s
Pedro Acosta (SPA) Red Bull KTM (RC16), +9.186s
Jack Miller (AUS) Pramac Yamaha (YZR-M1), +9.923s
Luca Marini (ITA) Honda HRC Castrol (RC213V), +10.206s
Franco Morbidelli (ITA) Pertamina VR46 Ducati (GP24), +10.898s
Joan Mir (SPA) Honda HRC Castrol (RC213V), +11.405s
Maverick Viñales (SPA) Red Bull KTM Tech3 (RC16), +11.933s
Fermin Aldeguer (SPA) Gresini Ducati (GP24)*, +15.376s
Enea Bastianini (ITA) Red Bull KTM Tech3 (RC16), +18.135s
Miguel Oliveira (POR) Pramac Yamaha (YZR-M1), +19.213s
Aleix Espargaro (SPA) Honda Test Team (RC213V), +20.468s
Lorenzo Savadori (ITA) Aprilia Factory (RS-GP25), +20.968s
Raul Fernandez (SPA) Trackhouse Aprilia (RS-GP25), +24.729s
Alex Rins (SPA) Monster Yamaha (YZR-M1), +26.919s
Somkiat Chantra (THA) Idemitsu Honda LCR (RC213V)*, +32.532s
Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16), DNF
*Rookie
