ALEX Marquez Menang Di Jerez, Marc Jatuh!
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
4/27/20252 min read


ALEX Marquez akhirnya menaiki podium MotoGP sebagai juara sekali gus menamatkan penantian sejak menyertai kancah perlumbaan elit itu pada 2020.
Begitupun, kejayaan pelumba Gresini Ducati itu turut dibayangi kemalangan yang menimpa abangnya, Marc Marquez yang menyaksikan kedudukan pendahulu kejuaraan turut berubah.
Selepas tiga gelaran naib juara musim ini, kemenangan Alex memastikan Ducati merangkul kemenangan ke-22 secara berturut-turut yang menyamai rekod dimiliki Honda sebelum ini.
Selain Alex, Fabio Quartararo turut meraikan kejayaannya kembali ke podium sejak 2023.
Melengkapkan kedudukan podium adalah pelumba Ducati Lenovo, Francesco Bagnaia yang berjaya mengetepikan cabaran pelumba Tech3 KTM, Maverick Vinales untuk kejayaan itu.
Permulaan yang baik menyaksikan Quartararo yang memulakan perlumbaan di petak utama memimpin saingan ketika Bagnaia mara ke kedudukan kedua selepas Marc dilihat berdepan masalah dengan jenteranya.
Situasi itu turut hampir dimanfaatkan Alex sebelum Marc dan Bagnaia bergesel bahu namun tiada apa yang berlaku.
Dan kemenangan juara dunia lapan kali itu berakhir apabila dia terjatuh pada selekoh ke-8 pada pusingan ke-4.
Marc begitupun enggan mengalah sekali pun ketinggalan 22 saat dan bersama jentera yang sudah tidak lagi sempurna, pelumba Sepanyol itu melepasi garisan penamat di tempat ke-12.
Sementara itu, pelumba terbaik Aprilia adalah pelumba 'rookie', Ai Ogura di kedudukan ke-8 dengan pelumba terbaik Honda menjadi milik Luca Marini yang beraksi bersama Honda HRC Castrol di kedudukan ke-10.
Pelumba ujian Honda HRC, Aleix Espargaro yang berlumba menerusi tiket wildcard dikenakan penalti 16 saat yang menyaksikannya jatuh daripada kedudukan ke-14 ke-17.
Keputusan Perlumbaan GP Sepanyol 2025
Alex Marquez (SPA) BK8 Gresini Ducati (GP24), 40m 56.374s
Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1), +1.561s
Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP25), +2.217s
Maverick Viñales (SPA) Red Bull KTM Tech3 (RC16), +3.678s
Fabio Di Giannantonio (ITA) Pertamina VR46 Ducati (GP25), +7.267s
Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16), +8.529s
Pedro Acosta (SPA) Red Bull KTM (RC16), +9.764s
Ai Ogura (JPN) Trackhouse Aprilia (RS-GP25)*, +10.923s
Enea Bastianini (ITA) Red Bull KTM Tech3 (RC16), +15.879s
Luca Marini (ITA) Honda HRC Castrol (RC213V), +17.239s
Johann Zarco (FRA) Castrol Honda LCR (RC213V), +17.784s
Marc Marquez (SPA) Ducati Lenovo (GP25), +20.890s
Alex Rins (SPA) Monster Yamaha (YZR-M1), +21.120s
Marco Bezzecchi (ITA) Aprilia Racing (RS-GP25), +24.510s
Raul Fernandez (SPA) Trackhouse Aprilia (RS-GP25), +25.726s
Augusto Fernandez (SPA) Pramac Yamaha (YZR-M1), +31.429s
Aleix Espargaro (SPA) Honda Test Team (RC213V), +39.678s
Lorenzo Savadori (ITA) Aprilia Factory (RS-GP25), +49.303s
Fermin Aldeguer (SPA) BK8 Gresini Ducati (GP24)*, DNF
Franco Morbidelli (ITA) Pertamina VR46 Ducati (GP24), DNF
Joan Mir (SPA) Honda HRC Castrol (RC213V), DNF
Jack Miller (AUS) Pramac Yamaha (YZR-M1), DNF
Somkiat Chantra (THA) Idemitsu Honda LCR (RC213V)*, DNF
