ALEX Marquez 'Mengganas', Ducati GP24 Terpantas Hari Terakhir Pra-Musim Sepang!
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
2/7/20252 min read


ALEX Marquez membuktikan Ducati GP24 masih jentera terbaik di grid MotoGP 2025 apabila mencatatkan masa terpantas pada hari terakhir ujian pra-musim di Sepang, hari ini.
Pelumba Gresini Ducati itu melakukan catatan terpantas 1 minit 56.493 saat (s) pada sesi sebelah pagi, mengatasi catatan terpantas yang dilakukan lebih awal oleh Francesco Bagnaia 1:56.500s.
Bagnaia yang juga pelumba pasukan 'kilang' Ducati Lenovo menggunakan jentera spesifikasi terkini Ducati GP25.
Apa yang agak mengejutkan, pelumba Monster Yamaha, Fabio Quartararo meneruskan prestasi baik pengeluar Jepun itu apabila melakukan catatan ketiga terpantas.
Seperti Alex dan Bagnaia, juara dunia MotoGP 2021 itu melakukan catatan bawah 1:57 iaitu 1:56.724s yang juga catatan terbaiknya di Litar Antarabangsa Sepang PETRONAS.
Pelumba yang melakukan catatan terpantas hari kedua semalam, Franco Morbidelli (VR46 Ducati) menjadi pelumba keempat melakukan catatan bawah 1:57 apabila melakukan 1:56.948s juga dengan Ducati GP24.
Rakan sepasukan Bagnaia, Marc Marquez menjadi pelumba paling rajin pada hari ini selepas melakukan keseluruhan 70 pusingan dan menjadi pelumba kelima terpantas.
Pedro Acosta pula muncul pelumba KTM terbaik apabila mengisi kedudukan ke-6 terbaik diikuti dua pelumba Honda, Johann Zarco (LCR honda) dan Joan Mir (Honda HRC Castrol) masing-masing melakukan catatan ke-7 dan 8 terpantas.
Pelumba yang melakukan catatan ke-8 terpantas adalah Marco Bezzecchi sekaligus menjadi pelumba Aprilia terbaik.
Pelumba Gresini Ducati, Fermin Aldeguer menjadi pelumba 'Rookie' terbaik apabila mencatatkan masa ke-11 terpantas.
Selepas Malaysia, ujian dijadual diteruskan di Buriram, Thailand pada 12 hingga 13 Februari ini.
Berikut senarai catatan terpantas hari ketiga ujian pra-musim MotoGP 2025 di Sepang.
Alex Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP24), 1:56.493s
Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP25), +0.007s
Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1), +0.231s
Franco Morbidelli (ITA) VR46 Ducati (GP24), +0.455s
Marc Marquez (SPA) Ducati Lenovo (GP25), +0.549s
Pedro Acosta (SPA) Red Bull KTM (RC16), +0.682s
Johann Zarco (FRA) LCR Honda (RC213V), +0.711s
Joan Mir (SPA) Honda HRC Castrol (RC213V), +0.786s
Marco Bezzecchi (ITA) Aprilia Racing (RS-GP25), +0.835s
Alex Rins (SPA) Monster Yamaha (YZR-M1), +0.858s
Fermin Aldeguer (SPA) Gresini Ducati (GP24)*, +0.908s
Jack Miller (AUS) Pramac Yamaha (YZR-M1), +0.959s
Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16), +1.121s
Ai Ogura (JPN) Trackhouse Aprilia (RS-GP25)*, +1.261s
Luca Marini (ITA) Honda HRC Castrol (RC213V), +1.296s
Maverick Vinales (SPA) Red Bull KTM Tech3 (RC16), +1.372s
Miguel Oliveira (POR) Pramac Yamaha (YZR-M1), +1.467s
Enea Bastianini (ITA) Red Bull KTM Tech3 (RC16), +1.518s
Somkiat Chantra (THA) LCR Honda (RC213V)*, +1.636s
Michele Pirro (ITA) Ducati Test Rider (GP25), +2.628s
Lorenzo Savadori (ITA) Aprilia Test Rider (RS-GP25), +2.676s
Andrea Dovizioso (ITA) Yamaha Test Rider (YZR-M1), +3.436s
