ALEX Marquez Takluk Perlumbaan Sprint GP Malaysia 2023, Ducati Kuasai Podium

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

11/11/20232 min read

ALEX Marquez menjadi 'pengacau' terhadap pemburuan kejuaraan dunia MotoGP 2023 membabitkan Jorge Martin dan Francesco Bagnaia selepas memenangi Perlumbaan Sprint GP Malaysia 2023, hari ini.

Kemenangan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) adalah yang kedua dimiliki Marquez yang juga pelumba pasukan satelit Ducati, Gresini Racing dalam Perlumbaan Sprint musim ini mengikuti kejayaan di Silverstone.

Keputusan di Sepang turut menyaksikan Martin dari Pramac Ducati terus mencatas kelebihan Bagnaia di puncak kedudukan MotoGP kepada 11 mata daripada 13 mata sebelum ini selepas meraih tempat kedua.

Bagnaia yang memulakan aksi di petak utama tak berjaya mempertahankan kedudukannya selaku pendahulu perlumbaan apabila dipintas Alex dan Martin pada pusingan yang sama.

Dan kedudukan itu kekal yang menyaksikan Bagnaia melepasi garisan penamat sebagai pemenang tempat ketiga.

Begitupun, juara dunia MotoGP 2022 itu juga hampir dipintas rakan sepasukannya, Enea Bastianini di pusingan terakhir.

Tempat kelima menjadi milik pelumba KTM, Brad Binder dan rakan sepasukannya, Jack Miller menamatkan perlumbaan di tangga keenam.

Pelumba terbaik dari pasukan pengeluar Jepun adalah Franco Morbidelli (Monster Yamaha) yang menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-11.

Perlumbaan Sprint di Sepang turut menjadi detik malang buat kem Honda apabila keempat-empat pelumbanya, termasuk Marc Marquez menduduki tangga ke-19 ke bawah.

Pelumba Honda terbaik pada Perlumbaan Sprint adalah Takaaki Nakagami (LCR Honda) diikuti pelumba gantina, Iker Lecuona. Marc yang turut terjatuh melepasi garisan penamat di tangga ke-21 manakala Joan Mir ke-23.

Keputusan Perlumbaan Sprint GP Malaysia 2023

1. Alex Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP22) 19m 58.713s

2. Jorge Martin (SPA) Pramac Ducati (GP23) +1.589s

3. Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP23) +3.034s

4. Enea Bastianini (ITA) Ducati Lenovo (GP23) +3.242s

5. Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16) +3.310s

6. Jack Miller (AUS) Red Bull KTM (RC16) +4.318s

7. Marco Bezzecchi (ITA) Mooney VR46 Ducati (GP22) +5.307s

8. Johann Zarco (FRA) Pramac Ducati (GP23) +5.501s

9. Luca Marini (ITA) Mooney VR46 Ducati (GP22) +6.420s

10. Maverick Viñales (SPA) Aprilia Racing (RS-GP23) +7.241s

11. Franco Morbidelli (ITA) Monster Yamaha (YZR-M1) +8.775s

12. Aleix Espargaro (SPA) Aprilia Racing (RS-GP23) +9.995s

13. Fabio Di Giannantonio (ITA) Gresini Ducati (GP22) +10.067s

14. Augusto Fernandez (SPA) Tech3 GASGAS (RC16) +10.643s

15. Pol Espargaro (SPA) Tech3 GASGAS (RC16) +11.005s

16. Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1) +11.911s

17. Raul Fernandez (SPA) RNF Aprilia (RS-GP22) +13.591s

18. Miguel Oliveira (POR) RNF Aprilia (RS-GP22) +15.058s

19. Takaaki Nakagami (JPN) LCR Honda (RC213V) +16.015s

20. Iker Lecuona (SPA) LCR Honda (RC213V) +23.484s

21. Marc Marquez (SPA) Repsol Honda (RC213V) +24.930s

22. Alvaro Bautista (SPA) Aruba.It Ducati (GP23) +36.501s

23. Joan Mir (SPA) Repsol Honda (RC213V) +40.594s