ALEX Marquez Terpantas Ujian MotoGP 2025 Di Catalunya
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
11/19/20242 min read


PELUMBA Gresini Ducati, Alex Marquez melakukan catatan terpantas sesi ujian MotoGP 2025 yang menampilkan banyak perubahan membabitkan pelumba dan pengeluar.
Antara yang menjadi tumpuan pastinya juara dunia MotoGP 2024 yang baru dinobatkan Ahad lalu, Jorge Martin bersama Aprilia, penampilan Marc Marquez bersama Ducati Lenovo dan GP25, Enea Bastianini dan Maverick Vinales ke KTM, Miguel Oliveira dan Jack Miller di Yamaha.
Selain itu, tiga pelumba 'Rookie' MotoGP musim depan turut membuat debut mereka iaitu juara dunia Moto2 2024, Ai Ogura (Trackhouse Aprilia), Fermin Aldeguer (Gresini Ducati) dan Somkiat Chantra (LCR Honda).
Selain kelibat Marquez yang kini berwarna 'merah', turut mencuri tumpuan adalah Francesco Bagnaia yang menunggang dengan seragam putih.
Seperti dijangka, pelbagai siri kejatuhan berlaku yang turut membabitkan Martin, Marquez, Bastianini dan beberapa lagi pelumba.
Selain menguji jentera baharu yang bakal digunakan, beberapa pelumba turut dikatakan menguji sistem radio komunikasi dalam helmet.
Catatan terpantas ujian MotoGP 2025 di Catalunya, Barcelona
Alex Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP24), 1:38.803s
Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1), +0.396s
Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP24/25), +0.595s
Marc Marquez (SPA) Ducati Lenovo (GP24/25), +0.651s
Raul Fernandez (SPA) Trackhouse Aprilia (RS-GP24), +0.668s
Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16), +0.705s
Franco Morbidelli (ITA) VR46 Ducati (GP24), +0.762s
Alex Rins (SPA) Monster Yamaha (YZR-M1), +0.765s
Pedro Acosta (SPA) Red Bull KTM (RC16), +0.768s
Johann Zarco (FRA) LCR Honda (RC213V), +0.813s
Jorge Martin (SPA) Aprilia Racing (RS-GP24/25), +1.056s
Maverick Vinales (SPA) Red Bull KTM Tech3 (RC16), +1.084s
Marco Bezzecchi (ITA) Aprilia Racing (RS-GP24/25), +1.192s
Aleix Espargaro (SPA) Honda Test Rider (RC213V), +1.204s
Joan Mir (SPA) Repsol Honda (RC213V), +1.267s
Enea Bastianini (ITA) Red Bull KTM Tech3 (RC16), +1.279s
Miguel Oliveira (POR) Pramac Yamaha (YZR-M1), +1.335s
Luca Marini (ITA) Repsol Honda (RC213V), +1.429s
Michele Pirro (ITA) Ducati Test Rider (GP24/5), +1.683s
Fermin Aldeguer (SPA) Gresini Ducati (GP24)*, +1.761s
Ai Ogura (JPN) Trackhouse Aprilia (RS-GP24)*, +2.143s
Jack Miller (AUS) Pramac Yamaha (YZR-M1), +2.222s
Somkiat Chantra (THA) LCR Honda (RC213V)*, +2.492s
Lorenzo Savadori (ITA) Aprilia Test Rider (RS-GP24/25), +8.793s
