ALEX Salah Seorang Pencabar Terkuat Saya - Marc Marquez

Pujian menggunung Marc Marquez kepada adiknya, Alex Marquez yang dilabel sebagai salah seorang pencabar terkuat pernah dia hadapi dalam kariernya di MotoGP.

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

6/24/20251 min read

MARC Marquez menyifatkan adiknya, Alex Marquez sebagai salah seorang pencabar terkuat pernah dia hadapi dalam kariernya di MotoGP.

Alex mengharungi kempen terbaiknya di MotoGP setakat ini termasuk menjuarai Perlumbaan MotoGP pertamanya di Jerez selain lima kedudukan podium pada perlumbaan utama, menang Perlumbaan Sprint di Silverstone serta lapan naib juara aksi pada Sabtu itu.

Selepas sembilan pusingan, Alex ketika ini hanya dibezakan 40 mata di belakang pendahulu Marc.

"Sebagai pelumba pasukan 'kilang', kamu mempunyai tekanan untuk bersaing merebut kejuaraan, terutama jika kamu berada di Ducati kerana ia adalah jentera terbaik di grid," kata Marquez memetik laporan Crash.net.

"Kemudian Alex menunggang jentera musim sebelum ini dan pasukan dalam pasukan 'kilang' Ducati kami cuba memasukkan beberapa komponen baharu untuk meningkatkan kelebihan.

"Sekali pun ia seperti itu, Alex menunggang dengan amat laju dan saya mahu katakan, dan saya perlu katakan, ini baru pusingan ke-9 kejuaraan, tetapi saya memperoleh antara tempoh terbaik dalam karier sata dan Alex ada di sana.

"Jadi, ia bermakna dia adalah salah seorang pencabar paling kuat pernah saya jumpa dalam karier saya kerana dia akan konsisten, amat laju, dan mempunyai keseimbangan yang amat baik di semua litar.

"Jadi ketika ini saya menikmati tempoh yang manis untuk keluarga Marquez."

Sepanjang kariernya, Marc berdepan ramai pelumba hebat antaranya Jorge Lorenzo, Dani Pedrosa, Andrea Dovizioso dan Valentino Rossi.

Pada GP Itali 2025 minggu lalu, Marc meraih petak utama ke-100 kariernya sebelum memenangi kemenangan ke-93 kariernya pada Ahad dan menariknya, kemenangannya itu hadir pada lokasi di merangkul kemenangan GP pertamanya 15 tahun lalu.