ALVARO Bautista Belum Ada Jawapan Mengenai Persaraan, Situasi Semasa Ducati Tak Membantu

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

7/18/20241 min read

JUARA dua kali WorldSBK berturut-turut, Alvaro Bautista dilaporkan bersedia untuk menggantung sut lumbanya selepas musim ini berakhir tetapi situasi semasa Ducati mungkin membuatnya melakukan Pusingan-U.

Pelumba kelahiran Sepanyol itu sekali lagi mengharungi kempen sukar di Pusingan 5 Donington Park, minggu lalu yang menyaksikannya Bautista menamatkan Perlumbaan Superpole dan 2 di luar podium.

Dan ketika ditanya mengenai keputusannya untuk menjawab soalan mengenai persaraan, pelumba pasukan Aruba.it Racing – Ducati itu tampak seperti belum bersedia untuk memberikan jawapan yang konkrit.

"Selepas Donington ia sukar kerana perasaan dengan jentera amat sukar," kata Bautista memetik laporan WorldSBK.com.

"Saya tidak rasa apa yang ingin saya mahukan tetapi pada masa sama teruja untuk menyelesaikan masalah ini dan cuna terus berusaha dan cuba untuk menikmati jentera ini seperti yang saya lakukan sebelum ini.

"Kini saya mahu fokus pada minggu ini dan mendapatkan semula perasaan itu. Kemudian baru saya membuat keputusan.

"Perasaan saya kini berbelah bahagi, pada satu sudut saya bergelut dengan terut dan satu lagi sayab bersemangat untuk menyelesaikan masalah ini."

Tidak seperti tahun lalu, Bautista hanya meraih dua kemenangan musim ini dan dia turut menjangkakan persaingan yang amat sengit di Most, Republik Czech nanti.

"Saya mempunyai memori yang indah daripada tahun lalu kerana saya menang perlumbaan ke-50 saya dalam kategori ini.

"Tetapi tahun ini berbeza kerana perasaan terhadap jentera tidak sama seperti tahun lalu dan kami lebih banyak bergelut. Pendekatan yang diambil adalah mencari sesuatu dan membantu saya sebagai pelumba seperti saya mahukan.

"Ketika ini kami tidak berada di posisi untuk memikirkan mengenai keputusan, hanya cuba untuk mencuba dan kembali seperti tahun lalu," katanya.