ALVARO Bautista Kembali Berdiri Di Podium Sebagai Juara Di Catalunya
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
3/24/20242 min read
PENYANDANG juara dunia WorldSBK, Alvaro Bautista membuktikan 'sengatnya' masih lagi berbisa dengan menjuarai Perlumbaan 2 WorldSBK WSBK Catalunya 2024, hari ini.
Apa yang menarik, pelumba pasukan Aruba.It Racing Ducati merangkul kejayaan berkenaan sekalipun memulakan perlumbaan di petak ke-14 yang menafikan impian pelumba BMW, Toprak Razgatlioglu meraih kemenangan 'treble'.
Berada di podium untuk tempat kedua adalah rakan sepasukannya, Nicolo Bulega dan melengkapkan kedudukan podium adalah Razgatlioglu yang berlumba bersama pasukan ROKIT BMW Motorrad WorldSBK.
Seperti dua perlumbaan sebelum ini, Razgatlioglu yang memulakan perlumbaan di petak utama jatuh ke kedudukan keempat di awal perlumbaan selepas dipintas Bautista, Andrea Iannone dan Bulega.
Bulega pada satu ketika berjaya memimpin perlumbaan namun selepas lima pusingan, kedudukan itu kembali dipintas Bautista.
Dan tiada apa dapat dilakukan Razgatlioglu yang menghabiskan kebanyakan masa di kedudukan ketiga sehingga Bautista melepasi garisan penamat sebagai juara.
Sementara itu, pelumba negara, Adam Norrodin memperbaiki kedudukannya di carta namun masih tak berjaya memberinya sebarang mata selepas menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-18.
Secara keseluruhan, lima pelumba gagal menamatkan perlumbaan susulan kemalangan termasuk Iannone, Michael Ruben Rinaldi, Axel Bassani, Iker Lecuona dan Bradley Ray.
Keputusan Perlumbaan 2 WorldSBK Catalunya 2024
1. Alvaro Bautista (SPA) Aruba.It Racing Ducati, 34'12.160s
2. Nicolo Bulega (ITA) Aruba.It Racing Ducati, +2.041s
3. Toprak Razgatlioglu (TUR) ROKIT BMW Motorrad WorldSBK, +7.005s
4. Michael Van Der Mark (NED) ROKIT BMW Motorrad WorldSBK, +12.452s
5. Danilo Petrucci (ITA) Barni Spark Racing, +15.076s
6. Remy Gardner (AUS) GYTR GRT Yamaha WorldSBK, +15.202s
7. Alex Lowes (GBR) Kawasaki Racing Team WorldSBK, +15.285s
8. Jonathan Rea (GBR) Pata Yamaha Prometeon WorldSBK, +16.963s
9. Dominique Aegerter (SWI) GYTR GRT Yamaha WorldSBK, +19.849s
10. Garrett Gerloff (USA) Bonovo Action BMW, +21.644s
11. Scott Redding (GBR) Bonovo Action BMW, +22.108s
12. Sam Lowes (GBR) Marc VDS Ducati, +24.985s
13. Andrea Locatelli (ITA) Pata Yamaha Prometeon WorldSBK, +26.329s
14. Xavi Vierge (SPA) Team HRC WorldSBK, +25.452s
15. Tito Rabat (SPA) Puccetti Kawasaki, +34.445s
16. Philipp Oettl (GER) GMT94 Yamaha, +36.522s
17. Tarran Mackenzie (GBR) Petronas Mie Honda, +46.934s
18. Adam Norrodin (MAL) Petronas Mie Honda, +1 Lap
19. Andrea Iannone (ITA) GoEleven Ducati, DNF
20. Michael Ruben Rinaldi (SPA) Motocorsa Ducati, DNF
21. Axel Bassani (ITA) Kawasaki Racing Team WorldSBK, DNF
22. Iker Lecuona (SPA) Team HRC WorldSBK, DNF
23. Bradley Ray (GBR) Motoxracing Yamaha WorldSBK, DNF