ALVARO Bautista 'Mengganas' Di Aragon
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
9/29/20241 min read
![](https://assets.zyrosite.com/cdn-cgi/image/format=auto,w=812,h=418,fit=crop/YrDL8yMMe8TOk15G/cover-bau-ALpnpxwWNVTla6v9.jpg)
![](https://assets.zyrosite.com/cdn-cgi/image/format=auto,w=328,h=200,fit=crop/YrDL8yMMe8TOk15G/cover-bau-ALpnpxwWNVTla6v9.jpg)
ALVARO Bautista membuktikan 'ketajamannya' masih ada selepas merangkul dua kemenangan berturut-turut - Perlumbaan Superpole dan Perlumbaan 2 WorldSBK pada Pusingan 10 WSBK di Aragon, Sepanyol, hari ini.
Apa yang menarik, set pelumba yang sama turut melengkapi kedudukan podium dengan pelumba BMW Motorrad, Toprak Razgatlioglu menamatkan kedua-dua perlumbaan di kedudukan kedua.
Manakala rakan sepasukan Bautista, Nicolo Bulega mengakhiri kedua-dua perlumbaan di tempat ketiga.
"Saya amat gembira dengan perasaan yang saya ada dengan jentera saya," kata Bautista kepada WorldSBK.com.
"Semalam, saya berdepan masalah dengan tayar depan, saya tidak mampu memberi tekanan sepenuhnya. Hari ini segala-galanya normat jadi saya boleh memberikan yang terbaik.
"Perlumbaan Superpole amat laju, saya hampir berada di had cuba untuk mengikuti Toprak dan Nicolo. Saya melihat perlawanan di antara mereka, dan saya melihat Nicolo amat bagus, jadi saya berkata 'dia boleh menang, jadi saya kekal di tempat ketiga.'
"Tetapi pada tiga pusingan terakhir, saya lihat Toprak memintasnya dan saya tahu dia kehilangan sesuatu dan sukar untuk mengikuti Toprak.
"Pada ketika itu saya berkata jika saya mahu menang, saya perlu memintas Nicolo dan Toprak, jika tidak saya akan kekal di belakang Nicolo dan menunggunya tetapi saya tidak melihat dia bersedia untuk menyerang.
"Jadi berbaki dua pusinga, saya memintas Nicolo dan pada pusingan terakhir saya cuba menghampiri Toprak dan ketika menghampuri jalan lurus, saya tahu ia adalah satu-satunya peluang kerana BMW amat kuat di laluan lurus.
"Jadi saya memintasnya sebelum itu dan ia berhasil."
Ketika pemburuan kemenangan Perlumbaan Superpole berlarutan sehingga pusingan terakhir, Perlumbaan 2 tampak lebih mudah buat Bautista terutama kepantasan yang dimilikinya.
"Saya fikir Perlumbaan 2 menakjubkan kerana kepantasannya, terutama selepas pertengahan perlumbaan," katanya. "Kepantasan perlumbaan sama seperti Perlumbaan Superpole atau lebih baik."
![](https://assets.zyrosite.com/cdn-cgi/image/format=auto,w=1920,fit=crop/YrDL8yMMe8TOk15G/panel1-ALp755aNbxFevxBV.png)