ALVARO Bautista Percaya Pedro Acosta Ada 'Aura' Seperti Vale, Marc, Lorenzo!

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

4/9/20241 min read

'ROOKIE' MotoGP musim ini, Pedro Acosta, menurut penyandang juara dunia dua kali WorldSBK, Alvaro Bautista memiliki 'ramuan' untuk untuk bergelar pelumba sensasi seperti Marc Marquez, Jorge Lorenzo dan Valentino Rossi.

Acosta yang menyertai kempen MotoGP musim ini hanya memerlukan tiga perlumbaan, dua daripadanya Perlumbaan Sprint untuk merangkul podium pertamanya di perlumbaan elit itu.

Dan lebih menarik, juara dunia Moto2 musim lalu itu tidak beraksi bersama pasukan 'kilang', namun satelit KTM iaitu Red Bull GasGas Tech3.

"Kita perlu menunggu. Dia perlu meningkatkan kelajuannya serta corak tunggangannya di MotoGP," kata Bautista mengulas prestasi Acosta memetik laporan Motosan.

"Tetapi jika pada perlumbaan dua dia sudah mencapai tahap seperti itu, apa yang dia miliki adalah begitu banyak ruang untuk penambahbaikkan.

"Saya tidak tahu jika dia akan meneruskan gayanya dan mengadaptasi jentera atau dia akan mengadaptasi apa yang orang lain lakukan. Tetapi dia adalah pelumba muda, dia boleh mencipta trend.

"Dan penunggang dengan karakter, dengan bakat, dengan personaliti seperti itu, mereka akan datang dan mencipta trend.

“Valentino [Rossi] mencipta trend, [Jorge] Lorenzo juga, Marc [Marquez] juga mencipta trend lain, kini Acosta tiba dan mencipta trend. Ada yang sebelum dan ada yang selepas."