ALVARO Bautista Sahkan Gelaran Dunia WorldSBK Kedua Lebih Awal Di Jerez

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

10/28/20232 min read

ALVARO Bautista melengkapkan musim gemilangnya di Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) 2023 selepas menjuarai Perlumbaan 1 WorldSBK di Jerez, Sepanyol, hari ini yang sekali gus mengesahkan gelaran dunia keduanya.

Kemenangan pelumba pasukan Aruba.it Ducati itu menamatkan terus cabaran satu-satunya pelumba yang berpotensi mencabarnya, Toprak Razgatlioglu dari pasukan Pata Yamaha Prometeon WorldSBK.

Sebelum Jerez, Bautista memiliki kelebihan 60 mata mengatasi Toprak dan hanya memerlukan dua mata untuk mengesahkan gelaran sama yang dimenangi musim lalu.

Dan Bautista memang nampak bersungguh selepas meraih petak utama di Jerez ketika Toprak memulakan perlumbaan di petak ketujuh.

Begitupun, Toprak yang juga juara dunia 2021 tidak cepat mengalah sebelum terpaksa berpuas hati menamatkan perlumbaan selaku naib juara.

Andrea Locatelli yang juga rakan sepasukan Toprak melengkapkan kedudukan podium.

Lebih menakjubkan buat Bautista, daripada 34 perlumbaan yang sudah berlangsung musim (2 lagi esok), pelumba kelahiran Sepanyol itu memenangi 25 perlumbaan.

Manakala 7 lagi perlumbaan dimenangi Toprak dengan Jonathan Rea dan Michael Rinaldi masing-masing memenangi 1 perlumbaan.

"Apa yang boleh saya katakan, ia adalah minggu yang sempurna sehingga sekarang," kata Bautista. "Ya, saya amat gembira dan ia adalah menakjubkan untuk memenangi perlumbaan dengan sempurna.

"Tetapi apa yang lebih mengagumkan adalah untuk mempertahankan kejuaraan dan melakukannya di laman sendiri. Ia adalah salah satu daripada impian saya yang sukar untuk saya bayangkan. Saya amat gembira."

Sementara itu, pelumba WorldSBK negara, Hafizh Syahrin Abdullah turut menamatkan kemarau pungutan mata selepas menamatkan aksi di tangga ke-15.

Hafizh sebelum ini tak berjaya memperoleh sebarang mata pada dua pusingan sebelum ini di Aragon, Sepanyol dan Algarve, Portugal.

Keputusan Perlumbaan 1 WorldSBK Jerez, Sepanyol

1. Alvaro Bautista (SPA) Aruba.It Racing Ducati, 33 minit 44.752 saat (s)

2. Toprak Razgatlioglu (TUR) Pata Yamaha Prometeon WorldSBK, +0.244s

3. Andrea Locatelli (ITA) Pata Yamaha Prometeon WorldSBK, +0.320s

4. Jonathan Rea (GBR) Kawasaki Racing Team WorldSBK, +0.398s

5. Danilo Petrucci (ITA) Barni Spark Racing Team, +0.511s

6. Philipp Oettl (GER) GoEleven Ducati, +0.546s

7. Alex Lowes (GBR) Kawasaki Racing Team WorldSBK, +0.946s

8. Michael Ruben Rinaldi (ITA) Aruba.It Racing Ducati, +0.966s

9. Iker Lecuona (SPA) Team HRC WorldSBK, +0.982s

10. Xavi Vierge (SPA) Team HRC WorldSBK, +1.195s

11. Tito Rabat (SPA) Puccetti Kawasaki, +1.319s

12. Lorenzo Baldassarri (ITA) GMT94 Yamaha, +1.374s

13. Loris Baz (FRA) Bonovo Action BMW, +1.412s

14. Garrett Gerloff (USA) Bonovo Action BMW, +1.634s

15. Hafizh Syahrin (MAL) PETRONAS MIE Racing HONDA Racing, +1.836s

16. Oliver Konig (CZE) Orelac Racing Kawasaki, +1.938s

17. Leandro Mercado (ARG) PETRONAS MIE Racing HONDA Racing, +2.202s

18. Dominique Aegerter (SWI) GYTR GRT Yamaha WorldSBK Team, +2.203s

19. Florian Alt (GER) Team HRC, +2.553s

Axel Bassani (ITA) Motocorsa Ducati, DNF

Gabriele Ruiu (ITA) Bmax Racing BWM, DNF

Michael Van Der Mark (NED) ROKIT BMW Motorrad WorldSBK Team, DNF

Scott Redding (GBR) ROKIT BMW Motorrad WorldSBK Team, DNF

Remy Gardner (AUS) GYTR GRT Yamaha WorldSBK Team, DNF