ALVARO Bautista Tak Rela Jadi Pelengkap Grid Di GP Malaysia 2023

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

11/7/20231 min read

SEGAR dengan kejuaraan dunia WorldSBK yang dirangkulnya baru-baru ini, Alvaro Bautista menuju ke Grand Prix (GP) Malaysia 2023 di Sepang dengan tekad dan minda sebagai juara.

Penampilan Bautista yang juga bekas pelumba di MotoGP di Sepang adalah menerusi tiket 'Wildcard' dan hadiah kemenangan menjuarai gelaran dunia WorldSBK 2022 oleh Ducati.

Dan penampilannya di Sepang adalah yang pertama buat Bautista yang kini berusia 38 tahun sejak musim 2018.

Bautista pernah menguji jentera MotoGP Ducati, Desmosedici sebanyak dua kali pada tahun ini tetapi bagi penampilan di Sepang, Prinsipal pasukan Aruba.it Racing Ducati, Stefano Cecconi menjangkakan pelumba Sepanyol itu akan memberikan segala yang dimilikinya.

"SUdah untuk berkata mengenainya kerana Alvaro tidak pergi ke sana (Sepang) hanya untuk berada di grid perlumbaan," kata Cecconi memetik laporan Crash.net

"Dia menjalani latihan dan menikmatinya, ia adalah ujian hadiah kemenangan. Di memperoleh yang kedua dengan peluang.

"Saya fikir, dalam hatinya, dia mula memikirkan sesuatu yang besar. Sudah tentu, kamu tidak boleh menyasarkan kemenangan hanya pada satu perlumbaan.

"Saya tidak dapat melihat dia pergi ke sana hanya untuk bergembira. Saya fikir dia menjangkakan untuk beraksi dengan cemerlang di atas lihat, terutama jika ia panas.

"Tanpa sebarang tekanan kerana kejuaraan (WorldSBK) sudah selesai, jadi dia boleh menikmati 'Wildcard' tanpa memikirkan kejuaraannya tersendiri. Saya fikir, ia pasti menarik."

Sebagai info, Bautista berlumba di MotoGP pada musim 2010 hingga 2018 dan pernah mewakili pasukan Suzuki, Honda, Aprilia dan Ducati.