AMARAN Aprilia
Pengeluar Itali, Aprilia memiliki harapan cukup besar pada baki 10 pusingan kempen MotoGP pada musim ini yang katanya mampu memberi 'goyah' kepada Ducati
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
7/26/20251 min read


APRILIA percaya mereka mampu mencabar dominasi Ducati pada baki saingan MotoGP pada musim ini apabila saingan elit perlumbaan dua roda dunia itu kembali bersambung pada September.
Ketua Pegawai Eksekutif Aprilia Racing, Massimo Rivola pasukannya akan menunjukkan kemampuan sebenar mereka dan pasukannya memiliki pakej untuk mengalahkan Marc Marquez.
Jaguh Ducati Lenovo, Marquez tampil dengan prestasi dominan dengan memenangi lapan perlumbaan GP dan 11 Sprint daripada 12 pusingan yang sudah berlangsung.
Aprilia menjadi antara pasukan yang berjaya mengganggu rentak kemenangan Ducati pada musim ini dengan Marco Bezzecchi menjuarai GP British selain memberi tekanan kepada Marquez di GP Belanda dan GP Rep. Czech.
Dan dengan kehadiran semula pelumbanya, Jorge Martin, Rivola yakin mereka akan mampu mengalahkan Ducati dalam baki perlumbaan selepas ini.
"Perubahan yang kami buat terhadap pasukan adalah untuk bertarung merebut kejuaraan, jadi kami jelas tidak berada di mana kami mahu berada," kata Rivola memetik laporan Crash.net. "Begitupun, saya boleh kata yang kami berdepan beberapa faktor yang menyukarkan kami.
"Pandangan saya, kita akan melihat nilai sebenar Aprilia bermula pada September dan ke depan.
"Saya tidak rasa yang Jorge akan memerlukan banyak perlumbaan untuk kembali bersaing merebut podium. Ini bukan untuk menarik pujian daripada Marco, yang sudah melakukan kerja yang menakjubkan.
"Kami berada di sini adalah hasil daripada kerja kerasnya dan (Lorenzo) Savadori.
"Jika kami bersaing dengan Marquez, yang menunggang Ducati dan nampaknya sukar dikalahkan, saya yakin yang kami boleh mengalahkannya, yang juga menunggang Ducati.
"Saya tidak fikir yang kami terlalu jauh, terutama di beberapa litar. Litar-litar penting sudah pasti AUstria, yang juga bukan litar 'kami'. Melihat bagaimana Marco menunggang dan bagaimana jentera mengadaptasi dengan pelbagai litar, saya hanya boleh berfikir secara optimis."
