AMARAN Buat Pecco Bagnaia, Marc Marquez
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
12/29/20241 min read


DUCATI hanya membariskan tiga jentera berstatus 'kilang' Ducati GP25 musim depan dengan dua daripadanya digunakan oleh Francesco Bagnaia dan Marc Marquez di Ducati Lenovo.
Manakala jentera ketiga akan digunakan pelumba pasukan satelit VR46, Fabio Di Giannantonio susulan prestasi baiknya bersama Ducati GP23 musim ini.
Dari sudut terma perjanjian, situasi itu memberikan pelumba kelahiran Itali itu kelebihan yang sama dengan juara dunia Jorge Martin dan Franco Morbidelli musim lalu bersama Pramac.
Justeru, Di Giannantonio berharap 'kelebihan' itu akan membenarkannya bersaing dengan Marquez dan Bagnaia musim depan tetapi dengan kelebihan, tekanannya jauh lebih rendah berbanding dua pelumba berkenaan.
"Peluang yang cukup menarik, itulah yang berlaku," katanya kepada GPOne. "Musim ini bersama GP25 akan menjadi peluang cukup baik untuk menjadi pelumba yang lebih baik.
"Ia adalah tanggungjawab, ia adalah sesuatu yang saya cari dalam hidup saya, tetapi pada masa sama kami masih bukan 'Merah' ketika ini, jadi realitinya kami masih boleh 'bermain'.
"Tanggungjawab menjadi pelumba pasukan rasmi berbeza, di sana kamu perlu menang, jadi saya fikir ia adalah tanggungjawab itu saya fikir akan lebih dirasai oleh Pecco dan Marc.
"Kami boleh mendapat banyak kegembiraan, cuba untuk menjadi orang luar, kami boleh cuba untuk menjengkelkan mereka, dan ia juga memberi saya peluang untuk belajar daripada mereka dengan bekerja pada tahap yang sama.
"Jadi saya tidak melihat sebarang aspek negatif, tetapi hanya peluang yang hebat."
Di Giannantonio yang menamatkan kempen musim ini di tangga ke-10 tanpa sebarang kedudukan podium dengan keputusan terbaiknya adalah di tempat ke-4 sebanyak tiga kali termasuk di GP Thailand sebelum dia terlepas dua perlumbaan - Malaysia dan Catalunya kerana dijadual mengharungi pembedahan.
