'AMARAN' Fabio Quartararo Untuk Yamaha
Fabio Quartararo dikatakan menjadi pelumba dengan kontrak paling lumayan di grid MotoGP dengan keputusan menyambung kontrak bersama Yamaha tetapi dia jelas dilihat bergelut pada musim ini
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
8/9/20251 min read


PELUMBA bintang Monster Yamaha MotoGP, Fabio Quartararo menegaskan dia hanya akan menerima tawaran daripada pasukan yang mempunyai jentera yang 'sedia' untuk menjuarai perlumbaan selepas ini.
Sekalipun bergelut, pelumba kelahiran Perancis, Quartararo membuat keputusan untuk melanjutkan kontraknya bersama Yamaha sehingga musim 2026 yang dikatakan membuatkannya menjadi pelumba menerima bayaran paling lumayan di grid MotoGP.
Begitupun, kempennya pada musim ini terus berdepan kekecewaan dan sekali pun berjaya meraih empat petak utama dan satu podium pada musim ini, kedudukan Yamaha dalam carta kedudukan pengeluar jatuh ke tangga tercorot.
Ketika ditanya sama ada dia bersedia untuk mengikut jejak Marc Marquez yang melepaskan wang lumayan untuk menyertai pasukan yang memiliki jentera lebih kompetitif, jawapan yang diberitahu Quartararo kepada AS adalah:
"Kita lihat nanti, pada akhirnya, saya sentiasa mahu meletakkan sukan di depan, tetapi mereka tidak perlu untuk memperdaya kemu secara kewangan. Pada masa depan, saya akan meletakkan sukan sebagai keutamaan."
Juara dunia lapan kali, Marquez dikatakan kehilangan puluhan juta euro daripada Repsol Honda untuk menyertai Gresini Ducati.
"(Lanjutan kontrak Yamaha). bukan hanya membabitkan duit tetapi juga kerana projek, tetapi untuk masa depan saya tidak mahu projek tetapi jentera yang sudah bersedia, yang saya dapat siapkan diri dan sejak daripada perlumbaan pertama saya boleh bersaing untuk menang."
