'AMAT Dekat Tapi Qatar Bukti KTM Masih Belum Boleh Kalahkan Ducati' - Brad Binder

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

3/12/20241 min read

KTM menerusi pelumbanya, Brad Binder tampil dengan prestasi menakjubkan di Grand Prix (GP) Qatar 2024 apabila meraih tempat kedua pada kedua-dua perlumbaan Sprint dan utama di Losail.

Tetapi disebalik keputusan positif yang diraih, ia turut memberi petunjuk perit yang pengeluar Australia itu masih belum boleh menundukkan Ducati dengan kemenangan diraih Jorge Martin dan Francesco Bagnaia.

Sekalipun KTM sentiasa menjadi ancaman besar kepada Ducati, pelumba berusia 28 tahun dari Afrika Selatan itu merasakan pengeluar Itali itu tetap memiliki kelebihan, situasi yang sama seperti musim lalu.

"Saya fikir ia sama seperti tahun lalu," kata Binder. "Kami amat-amat hampir tetapi kami tidak dapat membuktikan yang kami boleh melakukannya.

"Bagi saya, saya memberikan 100 peratus setiap masa dan saya rasa mereka ada beberapa peratus lagi kelebihan apabila mereka mahu menggunakannya. Saya masih menunggu bantuan ini untuk muncul," katanya.

Tamat aksi di Qatar, Binder mengumpul 29 mata, hanya dibezakan dua mata dengan pendahulu kejuaraan Bagnaia.

Keputusan berbeza diraih rakan sepasukannya Jack Miller yang meninggalkan Qatar tanpa sebarang mata.

Pelumba kelahiran Australia itu mengalami kemalangan pada Perlumbaan Sprint sebelum menamatkan aksi perlumbaan utama di kedudukan terakhir.

Perlumbaan seterusnya dijadual berlangsung di Portugal pada 22 hingga 24 Mac ini.