AMI Kini Pengedar Eksklusif Indian Motorcycle Di Malaysia
TERKINI
5/6/20251 min read


AFY Mobility Industries (AMI) mengumumkan pengambil alihan hak sebagai pengedar rasmi eksklusif jenama motosikal ikonik Amerika Syarikat, Indian Motorcycle di Malaysia.
Seperti diketahui, AMI juga adalah pemegang hak eksklusif kepada beberapa jenama motosikal ternama dunia di pasaran tempatan iaitu Suzuki, MV Agusta, Kove, Fantic, Bottechia, MODA dan AFAZ.
Syarikat itu dalam satu pengumuman memaklumkan pengambil alihan itu dibuat menerusi salah satu anak syarikatnya, Spirit Lake Motor Sdn Bhd.
Dan tidak menunggu masa yang lama, syarikat itu turut membuka pusat pameran dan jualan rasmi pertama Indian Motorcycle yang bertempat di Petaling Jaya.
Model-model yang sudah pun berada di pusat pameran berkenaan adalah seperti berikut:
Indian Scout ABS Icon
Indian Scout Bobber ABS
Indian Scout Rouge ABS
Lokasi bilik pameran itu adalah di No2, Lorong 51A/227A, Seksyen 51A, 46100 Petaling Jaya, Selangor.
Apa yang menarik, Indian Motorcycle Malaysia turut akan membuat penampilan di Malaysia Autoshow 2025 yang dijadual berlangsung pada 9 hingga 15 Mei ini di Maeps.










