AMI-Suzuki Monsoon Getaway Pantai Lagenda @ Pekan Pahang, Sabtu Ini, Cabutan Bertuah Suzuki SV650!

10/26/20231 min read

SUZUKI Malaysia, pada Sabtu ini akan menganjurkan edisi sulung AMI-Suzuki Monsoon Getaway 2023 yang dijadual berlangsung di Pantai Lagenda, Pekan Pahang.

Menurut Suzuki Malaysia, pelbagai acara dan aktiviti menarik akan tersedia antaranya seperti Festival Makanan, Pameran Motosikal, Persembahan Kugiran, Permainan Pantai dan banyak lagi.

Turut berlangsung adalah beberapa pertandingan antaranya Motosikal Tercantik (Motosikal Suzuki) serta pengumuman pemenang bagi pertandingan BestKing & Queen Bikers.

Selain itu, pengunjung bertuah turut berpeluang untuk membawa peluang sebuah motosikal Suzuki SV650 yang menjadi hadiah utama 'Super Lucky Draw'. *Tertakluk terma dan syarat

Tidak berlangsung secara tertutup, apa yang menarik adalah AMI-Suzuki Monsoon Getaway 2023 terbuka kepada orang ramai yang ingin hadir.

Selain itu, Suzuki Malaysia turut dijadual mengadakan acara 'Test ride' atau tunggang uji motosikal terpilih Suzuki.

Begitupun, sesi tunggang uji itu dijadual berlangsung pada hari berikutnya pada Ahad.

Antara model-model tunggang uji yang tersedia antaranya Suzuki GSX-R150, GSX-S150 & Raider R150Fi.

Kepada yang berminat dan mahukan maklumat lanjut, anda boleh mengunjungi laman sosial rasmi Suzuki Malaysia.