ANDREA Dovizioso Tabik Toprak Razgatlioglu
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
11/16/20241 min read


BEKAS pelumba MotoGP Ducati dan Yamaha, Andrea Dovizioso percaya persembahan dominan Toprak Razgatlioglu di pentas WorldSBK akan berterusan.
Pelumba kelahiran Turki, Razgatlioglu mencipta kejutan apabila menjulang gelaran dunia WorldSBK dengan penuh bergaya musim ini meskipun ia adalah penampilan sulungnya bersama BMW Motorrad.
"Saya sentiasa mengikuti setiap perlumbaan," kata Dovizioso memetik laporan WorldSBK.com. "Malah meskipun tidak milihatnya secara siaran langsung, saya akan merekodkan segala-galanya kerana saya mahu melihat semuanya.
"Toprak dan BMW melakukan sesuatu yang istimewa dan gila.
"Sudah tentu, BMW bertambah baik, tetapi saya fikir Toprak membuktikan betapa kuatnya di, betapa lajunya dia, kerana pada tahun lalu bersama Yamaha di melakukan sesuatu yang amat bagus, dan tahun ini sekali lagi bersama BMW.
"Jadi bagus untuk melihatnya berada pada tahap yang sama dengan jenama lain.
"Saya fikir yang Toprak dan BMW akan menjadi lebih kuat tahun depan, jadi buat pencabar mereka ia akan meningkatkan kesukaran.
"Tetapi apapun, pertarungan di kelompok depan sentiasa bagus."
