ANEH Tapi Bandar Ini Haram Penggunaan Helmet 'Full-Face'

TULAR

3/14/20241 min read

SEBUAH bandar di Filipina mengambil langkah yang dikatakan pelik terutama membabitkan keselamatan penunggang/pembonceng motosikal apabila mengharamkan penggunaan helmet yang dikatakan paling selamat - 'Full-face.'

Menurut laporan Philippine News Agency, Datuk Bandar San Carlos, Renato Gustilo dari San Carlos sudah pun menandatangani Perintah Eksekutif bagi penguatkuasaan larangan penggunaan helmet berkenaan, minggu lalu.

Sekalipun arahan itu dilihat seperti pengurangkan tahap keselamatan pengguna motosikal, tetapi menurut Kerajaan Tempatan San Carlos, peraturan itu memiliki alasan kukuh untuk dilaksanakan.

Dan alasannya adalah bagi menghalang kegiatan jenayah yang dilakukan pengguna motosikal yang memakai helmet 'full-face' yang mahu mengelak identiti mereka terdedah.

Begitupun, larangan itu hanya dikuatkuasakan di kawasan pusat bandar San Carlos.

Namun untuk kawasan di luar pusat bandar San Carlos, penggunaan helmet berkenaan masih dibenarkan.

Sebagai tambahan kepada larangan berkenaan, pihak berkuasa turut menubuhkan pusat pemeriksaan di mana semua penunggang dan penunggang motosikal harus menanggal helmet, skaf atau pelitup muka ketika diarahkan oleh pihak berkuasa ketika pemeriksaan yang dikuakuasakan di kawasan yang tertakluk dengan arahan berkenaan.

Selain itu, pihak berkuasa San Carlos turut memperkenalkan had kelajuan baharu di bandar berkenaan iaitu 40 km/j.

Sebagai info, Sepanyol ketika ini sudah mengharamkan penggunaan 'jet helmet' atau helmet 'open-face' di negara berkenaan selain mewajibkan penggunaan sarung tangan menunggang ketika menunggang motosikal.