ANUGERAH Kecemerlangan Industri Malam Anugerah MAM 2025 Bukti Komitmen RCB!
Malam Anugerah MAM 2025 dianjurkan sebagai mengiktiraf kepada pencapaian cemerlang 'pemain' industri seperti RCB, pelumba negara dalam pelbagai disiplin, sekali gus mencerminkan kematangan ekosistem sukan permotoran negara
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
2/6/20261 min read


SYARIKAT pengeluar komponen 'after market' motosikal terkemuka negara, RCB mencipta sejarah apabila dinobatkan penerima Anugerah Kecemerlangan Industri pada majlis berprestij Malam Anugerah MAM Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) Aeon Credit 2025, malam tadi.
Seperti diketahui, majlis anugerah itu dianjurkan sebagai mengiktiraf kepada pencapaian cemerlang 'pemain' industri, pelumba negara dalam pelbagai disiplin, sekali gus mencerminkan kematangan ekosistem sukan permotoran negara.
Menurut Pengurus Besar Jenama RCB, Marcus Leong, pengiktirafan ini menunjukkan komitmen berterusan RCB terhadap kecemerlangan kejuruteraan, pembangunan jenama serta sumbangan jangka panjang kepada industri permotoran.
"Ini adalah hasil dedikasi, semangat dan kerjasama seluruh warga RCB bersama kumpulan MKA. Kami sebenarnya tidak menyangka akan menerima penghargaan ini.
"Kami amat berbangga bukan sahaja sebagai individu, tetapi sebagai syarikat, jenama dan pasukan. Pengiktirafan ini membuktikan usaha keras kami selama ini akhirnya dihargai rakan industri dan MAM,” katanya.
RCB yang bermula sebagai jenama tempatan kini semakin kukuh di pentas antarabangsa, dengan fokus menghasilkan produk berkualiti tinggi serta menyokong pembangunan sukan permotoran, khususnya dalam aspek pembangunan pelumba dan penganjuran acara.
RCB turut merakamkan penghargaan kepada rakan kerjasama dan komuniti permotoran atas sokongan berterusan, sambil menegaskan komitmen membina syarikat bertaraf dunia.

