AoS Malaysia 2024, Lebih Meriah, Hangat, Menghiburkan!

TERKINI

7/29/20244 min read

EDISI ke-13 acara terulung 'Kustom Kulture', Art Of Speed (AoS 2024) Malaysia yang menutup tirainya, semalam dan seperti jangkaan berlangsung lebih hangat dan padat pengisian menghiburkan sepanjang dua hari penganjuran.

Dengan tema 'Stop The Violence' bersama-sama meraikan cinta tanpa benci; perpaduan tanpa sempadan, AoS 2024 sekali lagi berlangsung di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (Maeps) di Selangor.

Seperti tradisi, AoS menjadi tempat kepada peminat dan penggemar arena kustom untuk bertemu dan beramah-mesra dengan tetamu-tetamu tempatan dan antarabangsa dalam ‘genre’ berkenaan.

Turut berlangsung adalah pelbagai pameran membabitkan rakan kolaborasi AoS 2024 daripada jenama motosikal antaranya Triumph, Vespa, Harley-Davidson dan Royal Enfield yang turut melancarkan model terbaharu untuk pasaran tempatan.

Selain itu, AoS 2024 turut menampilkan ramai tetamu terkemuka yang mempamerkan bidaan mereka antaranya Shige Suganuma, Shinotsuka “NATQQ” Michihisa & Hey Murakamii dari MOONEYES; Japan Ikon drift terkenal dunia Daigo Saito dari Fat Five Racing Katie’s Customs, Jepun yang menayangkan motosikal kustom Vincent Black Shadow.

Turut hadir bersama bahan pameran adalah STOOP Motorcycles dari Jepun yang menampilkan Harley-Davidson Panhead kustom milik Masato Ikemori dan EVILACT (Jepun) yang menampilkan Harley-Davidson Knucklehead EL 1947 milik Minato Yamamoto.

Untuk AoS Invitational Build-Off, edisi kali ini yang menampilkan 10 orang pembina automotif bertanding hadiah wang tunai sebanyak RM 5,000 berdasarkan pilihan awam menobatkan Irwann Cheng dari FNG Works sebagai pemenang menerusi binaannya RXZ Twin Boss V2.

Selain hadiah wang tunai, pihak FNG Works akan menghantar motosikal kustom mereka ke Jepun untuk 32nd Annual MOONEYES Yokohama Hot Rod Custom Show bagi pemenang pilihan juri.

Turut berlangsung:

2nd Official Hot Wheels Collectors Convention Malaysia - Tetamu istimewa: Pengurus Pereka - Kenderaan Hot Wheels, Dwayne Vance.

Roda Rumble 2024 – Two Wheels Gathering & Outdoor Festival yang dianjurkan oleh Retro Mania

La Cultura – Malaysia’s Chicano Culture Appreciation Gathering, merangkumi persembahan fesyen gaya Cholo dan Chicano, persembahan Tarian dan DJ, dan lain-lain.

Food Park - Vendor dan foodtrucks

Bazar vintaj automobil

Pelancaran produk di atas pentas

Test Ride Zone untuk motorsikal (Royal Enfield, Vespa, Aprilia, Triumph, Lambretta, Harley-Davidson, dan lain-lain)

SoundCircus Takeover oleh Art of Speed kali ini berbeza dari tahun sebelumnya. Bukan lagi festival di luar dewan, SoundCircus mengambil alih Dewan A. Kugiran musik seperti Spider, Gerhana Ska Cinta, Salam Musik, Jemson X Forcesparkbois, Slatan, 53 Universe dan ramai lagi.

Pemenang cabutan bertuah (Sabtu)

Pemenang: Fitri Wahyudi Suparno

Hadiah: Satu (1) perjalanan berbayar ke Jepun untuk menghadiri 32nd Annual MOONEYES Yokohama Hot Rod Custom Show 2024.

Pemenang cabutan bertuah (Ahad)

Pemenang: Muhammad Farish Mohd Fadzil

Hadiah: Satu (1) Honda Jazz yang telah dimodifikasi hasil kerjasama AOS X QARTEL TV.

Selain itu, pemenang-pemenang kategori Best of Show untuk kereta dan motosikal turut memenangi hadiah pakej pelancongan sebagai Tetamu Khas ke 32nd Annual MOONEYES Yokohama Hot Rod Custom Show.

Berikut adalah senarai pemenang di AoS 2024 Malaysia.

ANUGERAH KHAS AOS:

BEST OF SHOW MOTORCYCLE

  • Pemenang: PA’DIN MUSA - Malaysia

Model kenderaan: HARLEY-DAVIDSON SHOVELHEAD 1969 INVITATIONAL BIKE BUILD OFF

PUBLIC CHOICE AWARD

  • Pemenang: FNG WORKS – IRWANN CHENG

Model kenderaan: RXZ TWIN BOSS V2

JURY PICK WINNER

  • Pemenang: FNG WORKS – IRWANN CHENG

Model kenderaan: RXZ TWIN BOSS V2

CUSTOM KINGS BY HARLEY-DAVIDSON

  • Naib Johan: Norkhairi - Malaysia

  • Pemenang: Khairul Azimin - Malaysia

Senarai pemenang-pemenang AOS2024:

BEST MARKETPLACE

  • Pemenang: NANOSTIX - Malaysia

BEST DISPLAY CAR

  • Pemenang: BWB - Malaysia

BEST DISPLAY MOTORCYCLE

  • Pemenang: HILLS ANGELS - Malaysia

KATEGORI LOWRIDER

BEST OF LOWRIDER - 12", 16" & 20" WHEEL LOWRIDER

  • Pemenang: SHAM ENERGYCOM – DOUBLE DICE CREW - Malaysia

BEST OF LOWRIDER - 24", 26" & OPEN WHEEL LOWRIDER & LIMOUSIN

  • Pemenang: MAT TOPO – DOUBLE DICE CREW - Malaysia

BEST OF BMX

  • Pemenang: MEGAT PANJI ALAM - Malaysia

BEST OF FABRICATION

  • Pemenang: RAISYA KIDD – DOUBLE DICE CREW - Malaysia

BEST PAINT

  • Pemenang: SAHRIL SALLEH - Malaysia

BEST LIVERY DESIGN

  • Pemenang: ASYRAF – DOUBLE DICE CREW - Malaysia

AUTOMOBIL

BEST OF CLASSIC EURO

  • Pemenang: FAROIB AUTOSPORT - Malaysia

BEST OF MODERN EURO

  • Pemenang: VOX - Malaysia

BEST OF USA

  • Pemenang: SHAMAN - Malaysia

BEST OF JDM PRE 1998

  • Pemenang: TOMMY - Malaysia

BEST OF JDM ABOVE 1998

  • Pemenang: CREZTA - Malaysia

BEST OF NATIONAL HEROES

  • Pemenang: AMER HARRIS - Malaysia

BEST OF RADIKAL

  • Pemenang: NOISY BOY - Thailand

BEST OF VW AIR-COOLED

  • Pemenang: ART GARAGE - Malaysia

BEST OF RACE CAR

  • Pemenang: WING HIN - Malaysia

BEST OF ADVENTURE

  • Pemenang: MOHD FAIZ ALI - Malaysia

BEST OF PICKUP

  • Pemenang: BAY BWB - Malaysia

BEST OF WAGON

  • Pemenang: AXLED GARAGE - Malaysia

BEST OF VAN

  • Pemenang: EDDY NEO - Malaysia

BEST OF STANCE

  • Pemenang: EDRY AMYRUL - Singapura

BEST OF K CAR

  • Pemenang: WAN IBRAHIM WAN HASSAN - Malaysia

BEST OF OPEN CLASS

  • Pemenang: HAZUAR FROM BIG CAT CUSTOM - Malaysia

BEST OF WILD COLOUR

  • Pemenang: PRAJAK TANTIKULWIJIT - Thailand

BEST INTERIOR

  • Pemenang: ART GARAGE - Malaysia

BEST ENGINE BAY

  • Pemenang: TOMMY - Malaysia

BEST RIM SET

  • Pemenang: ADY BWB - Malaysia

BEST LOWERED

  • Pemenang: TOM CLASSIC - Thailand

BEST LIVERY DESIGN

  • Pemenang: MUUHAMMAD FIKRIE - Malaysia

BEST OF ENGINEERING

  • Pemenang: FAROIB AUTOSPORT - Malaysia

BEST OF FABRICATION

  • Pemenang: HAZUAR FROM BIG CAT CUSTOM - Malaysia

BEST PAINT

  • Pemenang: REJAB AUTOSPA - Malaysia

MOTOSIKAL

BEST OF CHOPPER ABOVE 401CC

  • Pemenang: PA’DIN MUSA - Malaysia

BEST OF CHOPPER BELOW 400CC

  • Pemenang: KHAIRUL AMEER, BRAIN HUNDRED - Malaysia

BEST OF CAFE RACER BELOW 400CC

  • Pemenang: HUZAIL ANAQI - Malaysia

BEST OF JAP STYLE & TRACKER ABOVE 401CC

  • Pemenang: RUSTY FACTORY - Malaysia

BEST OF JAP STYLE & TRACKER BELOW 400CC

  • Pemenang: RUSTY FACTORY - Malaysia

BEST OF MODERN HARLEY-DAVIDSON

  • Pemenang: MAF14 AIRBRUSH STUDIO - Malaysia

BEST OF CLASSIC HARLEY-DAVIDSON

  • Pemenang: EAST GHOST MC - Malaysia

BEST OF CLASSIC SCOOTER

  • Pemenang: NAZRAN ASFAHIM - Malaysia

BEST OF MODERN SCOOTER

  • Pemenang: MEOR AMIR FAIZAL - Malaysia

BEST OF RETRO JAPANESE

  • Pemenang: MOHAMMED FITRI ABDUL - Malaysia

BEST OF CLASSIC CONTINENTAL

  • Pemenang: AZBEDER CYCLEWORK - Malaysia

BEST OF MODIFIED CONTINENTAL

  • Pemenang: 1959 CHORRTORRO - Malaysia

BEST OF ALL MAKES MODERN BIKE

  • Pemenang: RUDY GTB – LARRY TONNKA - Malaysia

BEST OF TWIN SHOCK CHOPPER

  • Pemenang: RUSTY FACTORY - Malaysia

BEST OF FABRICATION

  • Pemenang: PA’DIN MUSA - Malaysia

BEST TANK DESIGN

  • Pemenang: SHOIRAZI SALLEH - Singapura

BEST PAINT

  • Pemenang: MOHD NAIM - Malaysia

BEST LIVERY DESIGN

  • Pemenang: JANDAL 68 - Malaysia