APA Kata Pemenang Perlumbaan Pusingan 5 Kejuaraan Petronas Malaysia Cub Prix 2023 Di Terengganu?

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

7/22/20232 min read

PERLUMBAAN Pusingan 5 Kejuaraan Petronas Malaysia Cub Prix 2023 di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak melabuhkan tirainya, semalam yang menyaksikan kem Honda kembali mengucup nikmat kejuaraan kelas utama, CP 150.

Kali terakhir pasukan yang menggunakan jentera Honda meraih kemenangan di pentas Cub Prix dalam kelas CP 150 musim ini adalah pada Pusingan 1 di Sepang (Utara) sebelum kem Yamaha menampilkan dominasi di Jempol (N.Sembilan), Jasin (Melaka) dan Sepang (Selatan).

Berikut kami adalah kenyataan dikeluarkan pemenang pada perlumbaan, semalam.

CP 150

AZROY HAKEEM ANUAR (Honda Yuzy Estremo Racing)

“Perlumbaan yang sangat sengit. Tetapi akhirnya, dapat juga menang setelah sekian lama. Semasa berlumba tadi, saya memang memberi tekanan sejak dari lap pertama sampai ke akhir. Mula-mula ada empat pelumba dikelompok hadapan dan kemudian kurang seorang.

"Bila saya pandang ke belakang lepas beberapa lap, hanya Afif di belakang saya. Saya pun tidak pasti apa yang berlaku kepada pelumba-pelumba di kedudukan tiga dan empat.

"Pada lima lap terakhir tadi, saya fikir nak bagi Afif peluang ke P1 tetapi Afif pun tidak mengambil kesempatan maka saya kekalkan kelajuan sampailah ke lap terakhir. Di selekoh terakhir, memang ada ruang untuk memintas tetapi dia tidak memintas lalu saya memecut ke garisan penamat. Memang saya amat terharu dengan kemenangan ini.”

CP125

MD KHAIRI ASHRAF MAHMOOD (Jetron Yamaha YYPang Racing Team)

“Pasukan saya sudah membuat persiapan yang bagus dari segi jentera untuk minggu ini. Pada perlumbaan tadi, saya cuba mengekalkan kedudukan saya dengan rakan sepasukan saya. Tetapi pada lap terakhir, rakan saya ada buat sedikit kesilapan lalu saya mengambil kesempatan untuk mara ke depan. Saya amat bersyukur dengan kemenangan saya ini.”

Wira-KBS

AMIRUN HAZIQ JOHAN (PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing)

“Untuk perlumbaan kali ini, saya amat gembira kerana mendapat tempat pertama. Keadaan jentera saya kali ini agak bagus dan saya dapat menggunakan strategi seperti yang sudah dibincang dengan pasukan saya. Perlumbaan tadi memang sengit lebih-lebih lagi dengan pelumba-pelumba lain yang memberikan tekanan tetapi saya bersyukur dengan kemenangan ini.”

Kedudukan Keseluruhan (Pelumba) 5 Terbaik

CP 150

1. Md Akid Aziz, PETRONAS SPRINTA YAMAHA - CKJ RACING, Yamaha, 81 mata

2. Azroy Hakeem Anuar, HONDA YUZY ESTREMO TEAM, Honda, 79 mata

3. Ahmad Afif Amran, PETRONAS SPRINTA YAMAHA - CKJ RACING, Yamaha, 64 mata

4. Md Izzat Zaidi Md Salehan, PETRONAS SPRINTA YAMAHA - CKJ RACING, Yamaha, 62 mata

5. Kasma Daniel Kasmayudin, PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR, Yamaha, 51 mata

CP 125

1. Md Khairi Asyraf Mahmood, JETRON YAMAHA YYPANG RACING TEAM, Yamaha, 88 mata

2. Md Shafiq Ezzariq Saiful Nizam, JETRON YAMAHA YYPANG RACING TEAM, Yamaha, 73 mata

3. Md Syafiq Rosli, PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR, Yamaha, 61 mata

4. Md Hafiza Rofa, ONEXOX TKKR RACING TEAM, Yamaha, 48 mata

5. Md Adam Haikal Jahar, PETRONAS SPRINTA, YAMAHA - 31 RACING Yamaha, 48 mata

Wira-KBS

1. Amirun Haziq Johan, PETRONAS SPRINTA YAMAHA - 31 RACING, Yamaha, 94 mata

2. Ahmad Iqram Danish Ahmad Ghazali, YAMAHA ESTREMO 27 RACING, Yamaha YAMAHA, 73 mata

3. Md Farish Iqmal Khayrul Elyas, BAD LAB HONDA KC RACING, Honda, 64 mata

4. Raiyan Khardanee M Sanusi, PETRONAS SPRINTA YAMAHA - 31 RACING, Yamaha YAMAHA, 63 mata

5. Adib Hareez Hazwat, BAD LAB HONDA KC RACING, Honda, 61 mata