APA Motosikal, Kereta Paling 'Panas', Banyak Kena 'Rembat' Di Malaysia Tahun Lepas?

TULAR

7/7/20231 min read

TAK dinafikan, sejauh mana ingin mengelak, setiap pembelian atau pemilikan sesebuah kenderaan datang dengan risiko iaitu kecurian. Sekalipun pada zaman teknologi yang makin canggih, masalah ini tidak pernah selesai dan membuatkan pihak berkuasa pening kepala.

Di Malaysia, motosikal yang menjadi pilihan geng-geng penjenayan ini adalah model yang sudah beberapa tahun memegang takhta berkenaan, kapcai Yamaha LC135.

Untuk kereta atau segmen 4 roda, kenderaan pacuan 4 roda, Toyota Hilux paling banyak menjadi mangsa selain kereta kebanggaan tempatan, Proton Wira.

Dan ini statistik yang kami 'sedut' daripada laporan Harian Metro hasil penyelidikan wartawan otai automotif mereka, Lizam Ridzuan.

  • Motosikal

1) Yamaha LC135 (365 unit)

2) Yamaha Y15ZR (286 unit)

3) Honda Wave (196 unit)

4) Yamaha 125 (177 unit)

5) Honda C100 (136 unit)

  • Kereta

1) Toyota Hilux (204 unit)

2) Proton Wira (170 unit)

3) Perodua Kancil (113 unit)

4) Perodua Myvi (101 unit)

5) Proton Iswara (101 unit)

6) Honda City (97 unit)

7) Proton Waja (69 unit)

8) Honda Civic (54 unit)

9) Proton Saga (53 unit)

10) Ford Ranger (44 unit)

Sumber HMetro - Majlis Pengurangan Kecurian Kenderaan Malaysia Berhad (VTREC).