APRILIA Ada Kelebihan - Pecco Bagnaia

Selepas 10 pusingan, kedua-dua pasukan Aprilia ketika ini sedang mengisi kedudukan 2 teratas dalam carta kedudukan pelumba MotoGP 2026 dan Ducato Lenovo di tempat ke-3

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

7/8/20261 min read

FRANCESCO Bagnaia mengakui Aprilia ketika ini memiliki kelebihan dan momentum yang lebih baik ketika ini namun memberi amaran kebangkitan Ducati Lenovo akan tiba.

Pelumba kelahiran Itali yang sudah pun menandatangani kontrak untuk menyertai pasukan kilang Aprilia pada musim hadapan itu berkata pasukannya kini sedang bekerja keras di belakang tabir untuk memastikan jentera Desmosedici kembali ke tahap optimum.

"Aprilia sememangnya mempunyai kelebihan, mereka kini berada dalam kedudukan yang lebih baik berbanding kami.

"Tetapi kami sedang dalam proses pemulihan dan pasukan sedang melakukan tugas yang sangat menakjubkan untuk menyelaraskan semula segalanya. Kita akan lihat perkembangannya dalam tempoh tiga ke empat perlumbaan lagi," katanya Bagnaia memetik laporan Sky Sports.

Selepas 10 pusingan, Bagnaia ketika ini sekadar menghuni tangga kelapan dalam kedudukan keseluruhan kejuaraan dan ketinggalan agak jauh dengan jurang 63 mata di belakang pendahulu kejuaraan, Jorge Martin.