KURANG dua hari selepas menjulang gelaran dunia MotoGP 2024 bersama Ducati, Jorge Martin menguji jentera baharunya Aprilia RS-GP di Barcelona.
Setakat ini, Martin tidak boleh memberikan sebarang maklum balas kepada media berikutan klausa kontraknya bersama Ducati tetapi berdasarkan kenyataan Aprilia, ia nampak cukup baik.
Aprilia pada tahun ini kehilangan khidmat kedua-dua pelumba utamanya, Aleix Espargaro yang bersara dengan Maverick Vinales yang menyertai Tech3 KTM.
Justeru, pengeluar Itali itu terpaksa melakukan rombakan besar-besaran dan selain menyambur kehadiran Martin, Aprilia turut mendapatkan khidmat bekas pelumba VR46 Ducati, Marco Bezzecchi.
Dan situasi itu turut bermakna Martin akan mempertahankannya kejuaraan jentera serba baharu dan mungkin sedikit menakutkan, jentera yang diakui ketinggalan berbanding Ducati pada tahun lalu.
"Perasaannya terlalu positif," kata Ketua Pegawai Eksekutif Aprilia Racing, Massimo Rivola. "Dua (Martin) memberikan kami maklum balas yang lebih positif berbanding yang kami jangkakan.
"Jelas ada beberapa perkara yang lebih baik, perkara yang boleh dipertingkatkan. Secara keseluruhannya, ia adalah jentera yang dia amt gemari. Tetapi dia atas skrin, kami turut melihatnya kadang kala bergelut dengan jentera.
"Kami mempunyai idea apa yang dia mahukan. Apa yang menarik juga adalah Bezzecchi turut memberikan komen yang agak serupa. Jadi arah tujunya adalah jelas.
"Mereka memulakan ujian dengan jentera 2024 dan kemudian 2025. Nampaknya arah tuju RS-GP25 lebih baik daripada RS-GP24 jadi mungkin kami boleh mengambil satu langkah ke depan dengan arah tuju itru.
"Saya positif dan amat gembira."
Martin menguji jenteranya menggunakan nombor 89 dan masih belum memutuskan sama ada ingin menggunakan nombor 1 atau tidak.
Selain dua pelumba baharu, Aprilia turut mendapatkan khidmat Pengarah Teknikal baharu, Fabiano Sterlacchini, ketua krew dan beberapa mekanik baharu.