APRILIA Julang Kemenangan Sulung MotoGP 2023, Aleix Espargaro Cipta Kejutan!

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

8/6/20232 min read

APRILIA meraih kemenangan pertama di MotoGP musim ini selepas pelumba 'veterannya', Aleix Espargaro mencipta kebangkitan sensasi dengan menjuarai perlumbaan Grand Prix (GP) British, hari ini.

Lebih mengagumkan, kemenangan itu dicapai Elspargaro dengan memintas jaguh Ducati yang juga penyandang juara dunia, Francesco Bagnaia pada selekoh terakhir di Litar Silverstone.

Kejayaan yang dicapai Espargaro turut boleh dianggap mengagumkan selepas pelumba berusia 34 tahun itu (paling tua di grid MotoGP musim ini) hanya memulakan perlumbaan di petak ke-12. Melengkapkan kedudukan podium adalah pelumba KTM, Brad Binder.

Perlumbaan di Silverstone boleh dianggap cukup positif buat Aprilia selepas Miguel Oliveria dari pasukan RNF Aprilia menamatkan saingan di kedudukan ke-4 manakala rakan sepasukan Espargaro, Maverick Vinales ke-5.

Seperti dijangka, hujan turun ketika perlumbaan berbaki 8 pusingan dan situasi membuatkan ramai pelumba mengalami kejatuhan termasuk Marco Bezzecchi, Alex Marquez dan Joan Mir.

Apa yang menarik, kemenangan Espargaro menyaksikan lapan pemenang berbeza dinobatkan di Silverstone untuk lapan tahun terakhir bermula dengan Jorge Lorenzo (2013, Yamaha), Marc Marquez (2014, Honda), Valentino Rossi (2015, Yamaha), Maverick Vinales (2016, Yamaha), Andrea Dovizioso (2017, Ducati), Alex Rins (2019, Suzuki), Fabio Quartararo (2021, Yamaha) dan Francesco Bagnaia (2022, Ducati).

Perlumbaan pusingan ke-10 MotoGP dijadualkan berlangsung di GP Austria di Red Bull Ring pada 18 hingga 20 Ogos depan.

Keputusan penuh MotoGP GP British 2023

1. Aleix Espargaro (SPA) Aprilia Racing (RS-GP23), 40m 40.367 saat (s)

2. Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP23), +0.215s

3. Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16), +0.680s

4. Miguel Oliveira (POR) RNF Aprilia (RS-GP22), +0.750s

5. Maverick Vinales (SPA) Aprilia Racing (RS-GP23), +2.101s

6. Jorge Martin (SPA) Pramac Ducati (GP23), +7.903s

7. Luca Marini (ITA) Mooney VR46 Ducati (GP22), +9.099s

8. Jack Miller (AUS) Red Bull KTM (RC16), +9.298s

9. Johann Zarco (FRA) Pramac Ducati (GP23), +9.958s

10. Raul Fernandez (SPA) RNF Aprilia (RS-GP22), +19.947s

11. Augusto Fernandez (SPA) Tech3 GASGAS (RC16), +20.296s

12. Pol Espargaro (SPA) Tech3 GASGAS (RC16), +66.120s

13. Fabio Di Giannantonio (ITA) Gresini Ducati (GP22), +87.605s

14. Franco Morbidelli (ITA) Monster Yamaha (YZR-M1), +88.913s

15. Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1), +89.075s

16. Takaaki Nakagami (JPN) LCR Honda (RC213V), +98.573s

17. Iker Lecuona (SPA) LCR Honda (RC213V), +109.674s

Enea Bastianini (ITA) Ducati Lenovo (GP23), DNF (Tak habiskan perlumbaan)

Marc Marquez (SPA) Repsol Honda (RC213V), DNF

Marco Bezzecchi (ITA) Mooney VR46 Ducati (GP22), DNF

Alex Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP22), DNF

Joan Mir (SPA) Repsol Honda (RC213V), DNF