APRILIA Kuasai Hari Kedua Ujian Pra-Musim MotoGP Thailand 2026

Marco Bezzecchi dari Aprilia Racing dan pelumba pasukan satelit, Ai Ogura dari Trackhouse Aprilia masing-masing meletakkan pengeluar Itali itu pada kedudukan 1,2 terpantas pada ujian terakhir MotoGP di Buriram

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

2/22/20262 min read

APRILIA Racing menutup tirai ujian pra-musim MotoGP dengan bergaya apabila pelumbanya, Marco Bezzecchi muncul sebagai pelumba terpantas pada hari terakhir sekali gus memberi isyarat awal kekuatan pengeluar Itali itu menjelang pembukaan musim 2026 hujung minggu ini.

Lebih menarik, selain Bezzecchi, pelumba pasukan satelitnya, Ai Ogura dari Trackhouse Aprilia turut mencatatkan masa kedua terpantas di Buriram.

Pelumba Itali, Bezzecchi tampil cemerlang apabila mencatat masa terpantas 1 minit 28.765 saat yang turut memecahkan rekod terpantas litar dengan catatan dilakukan Ogura hanya ketinggalan 0.097 saat di belakang.

Ducati pula terpaksa akur dengan catatan ketiga terpantas menerusi bintangnya, Marc Marquez dengan catatan 1 minit 28.836 saat. Penyandang juara dunia MotoGP itu begitupun berdepan kesukaran selepas terjatuh sebanyak tiga kali sepanjang hujung minggu ini.

Dan insiden terakhir menyaksikan pelumba pasukan Ducati Lenovo itu yang masih dalam proses pemulihan daripada masalah kesihatan, terpaksa menamatkan sesi lebih awal.

Turut berdepan 'masalah' sama adalah adiknya, Alex Marquez yang turut mengalami kemalangan di selekoh kesembilan, menyebabkan sesi diberhentikan seketika.

Rakan sepasukan Marc, Pecco Bagnaia menutup ujian catatan ke-4 terpantas sekali gus menunjukkan prestasi lebih baik berbanding musim lalu.

Pelumba yang kuat dikaitkan dengan perpindahan ke Ducati Lenovo, Pedro Acosta muncul pelumba KTM terbaik dengan melakukan catatan ke-6 terpantas di belakang Alex dengan Joan Mir (Honda HRC) muncul pelumba pengeluar Jepun terbaik di tangga ke-10.

Yamaha sekali lagi menunjukkan prestasi hambar dengan pelumba terbaiknya Jack Miller (Pramac Yamaha) hanya mampu menamatkan ujian di kedudukan ke-16 terpantas diikuti pelumba 'kilang' pengeluar itu, Fabio Quartararo.

Selesai ujian pra-musim, semua pasukan kini menumpukan kepada persediaan terakhir menjelang pusingan pembuka tirai Grand Prix Thailand yang akan berlangsung dari 27 Februari hingga 1 Mac.

Keputusan Hari Kedua Ujian Pra-Musim MotoGP 2026 Thailand

  1. Marco Bezzecchi (ITA) Aprilia Racing (RS-GP26), 1m28.668s, Sesi 2

  2. Ai Ogura (JPN) Trackhouse Aprilia (RS-GP26), 1m28.765s, Sesi 2

  3. Marc Marquez (SPA) Ducati Lenovo (GP26), 1m28.836s, Sesi 1

  4. Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP26), 1m28.883s, Sesi 1

  5. Alex Marquez (SPA) BK8 Gresini Ducati (GP26), 1m28.961s, Sesi 1

  6. Pedro Acosta (SPA) Red Bull KTM (RC16), 1m29.021s, Sesi 1

  7. Franco Morbidelli (ITA) Pertamina VR46 Ducati (GP25), 1m29.071s, Sesi 1

  8. Jorge Martin (SPA) Aprilia Racing (RS-GP26), 1m29.167s, Sesi 1

  9. Fabio Di Giannantonio (ITA) Pertamina VR46 Ducati (GP26), 1m29.173s, Sesi 2

  10. Joan Mir (SPA) Honda HRC Castrol (RC213V), 1m29.296s, Sesi 2

  11. Raul Fernandez (SPA) Trackhouse Aprilia (RS-GP26), 1m29.302s, Sesi 1

  12. Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16), 1m29.392s, Sesi 2

  13. Luca Marini (ITA) Honda HRC Castrol (RC213V), 1m29.451s, Sesi 1

  14. Maverick Viñales (SPA) Red Bull KTM Tech3 (RC16), 1m29.569s, Sesi 1

  15. Johann Zarco (FRA) Castrol Honda LCR (RC213V), 1m29.608s, Sesi 1

  16. Jack Miller (AUS) Pramac Yamaha (YZR-M1), 1m29.672s, Sesi 2

  17. Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1), 1m29.701s, Sesi 2

  18. Enea Bastianini (ITA) Red Bull KTM Tech3 (RC16), 1m29.728s, Sesi 2

  19. Diogo Moreira (BRA) Pro Honda LCR (RC213V)*, 1m29.920s, Sesi 1

  20. Alex Rins (SPA) Monster Yamaha (YZR-M1), 1m30.122s, Sesi 2

  21. Toprak Razgatlioglu (TUR) Pramac Yamaha (YZR-M1)*, 1m30.772s, Sesi 2

  22. Michele Pirro (ITA) Ducati Test Rider (GP26), 1m31.777s, Sesi 2