APRILIA Paling Laju Ujian MotoGP Valencia, Marc Marquez Kembali Tersenyum

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

11/29/20232 min read

APRILIA sekali lagi membuktikan mereka memiliki jentera yang kompetitif di atas litar selepas pelumbanya Maverick Vinales merekodkan masa terpantas sesi ujian MotoGP di Valencia.

Melakukan 86 pusingan secara keseluruhan, Vinales melakukan catatan masa terpantas 1 minit 29.253 saat sekaligus memberikan amaran mengenai kemampuan pengeluar Itali itu musim depan.

Apa yang menarik, mencatatkan masa kedua terpantas juga tak diisi pengeluar yang mendominasi pengeluar yang mendominasi saingan MotoGP musim ini Ducati tetapi satu lagi pengeluar Eropah iaitu KTM.

Sekadar melakukan 51 pusingan, catatan terpantas yang dilakukan Brad Binder hanya +0.028s berbanding Vinales.

Dan merekodkan masa ketiga terpantas adalah pelumba pasukan satelit Ducati, Marco Bezzecchi (+0.093s) diikuti pelumba tumpuan, Marc Marquez yang melakukan catatan ke-4 terpantas.

Pertama kali menunggang jentera Ducati bersama pasukan Gresini Ducati, catatan terpantas juara dunia MotoGP enam kali itu hanya +0.171s di belakang catatan Vinales.

Dan Aprilia membuktikan jentera mereka sememangnya berpotensi apabila pelumba pasukan satelitnya, Raul Fernandez melakukan catatan ke-5 terpantas.

Selain Marquez, turut beralih jentera adalah adik kepada legenda MotoGP Valentino Rossi, Luca Marini (Ducati ke Honda), Alex Rins (Honda ke Yamaha), Johann Zarco (Ducati ke Honda) dan Franco Morbidelli (Yamaha ke Ducati).

Pelumba yang berubah pasukan pula adalah Fabio di Giannantonio (Gresini ke VR46) selain pelumba 'Rookie', Pedro Acosta (GasGas).

Juara dunia yang baru dimahkotakan minggu lalu, Francesco Bagnaia sekadar melakukan catatan ke-11 terpantas dengan menggunakan jentera prototaip GP24 Ducati dengan jentera yang mendapat talaan baru.

Jentera bukan daripada pengeluar Eropah terpantas menjadi milik Honda menerusi pelumba barunya, Marini yang turut menggunakan jentera prototaip Honda 2024.

Pelumba terbaik daripada Yamaha pula mengisi catatan ke-12 terpantas menerusi bintangnya, Fabio Quartararo.

Berikut adalah catatan terpantas ujian MotoGP Valencia 2023

1. Maverick Vinales (SPA) Aprilia Racing (RS-GP) 1m 29.253s, 73/86

2. Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16) +0.028s, 51/51

3. Marco Bezzecchi (ITA) VR46 Ducati (GP) +0.093s, 58/62

4. Marc Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP) +0.171s, 46/49

5. Raul Fernandez (SPA) Aprilia (RS-GP) +0.263s, 58/64

6. Alex Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP) +0.385s, 53/56

7. Fabio Di Giannantonio (ITA) VR46 Ducati (GP) +0.409s, 51/60

8. Enea Bastianini (ITA) Ducati Lenovo (GP) +0.543s, 53/56

9. Jack Miller (AUS) Red Bull KTM (RC16) +0.648s, 56/62

10. Luca Marini (ITA) Repsol Honda (RC213V) +0.703s, 68/72

11. Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP) +0.717s, 35/51

12. Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1) +0.769s, 59/63

13. Joan Mir (SPA) Repsol Honda (RC213V) +0.798s, 58/69

14. Augusto Fernandez (SPA) Tech3 GASGAS (RC16) +0.824s, 66/72

15. Jorge Martin (SPA) Pramac Ducati (GP) +0.899s, 36/51

16. Franco Morbidelli (ITA) Pramac Ducati (GP) +0.953s, 60/69

17. Johann Zarco (FRA) LCR Honda (RC213V) +1.030s, 45/61

18. Pedro Acosta (SPA) Tech3 GASGAS (RC16)* +1.223s, 70/70

19. Alex Rins (SPA) Monster Yamaha (YZR-M1) +1.311s, 45/54

20. Cal Crutchlow (GBR) Yamaha Test Rider (YZR-M1) +1.512s, 63/74

21. Takaaki Nakagami (JPN) LCR Honda (RC213V) +1.723s, 54/63

22. Aleix Espargaro (SPA) Aprilia Racing (RS-GP) +3.059s, 8/17

23. Lorenzo Savadori (ITA) ApriliaTest Rider (RS-GP) +3.431s, 8/27