APRILIA Sasar Jorge Martin Beraksi Di Brno

Sasaran kepulangan semula penyandang juara dunia MotoGP, Jorge Martin untuk kembali beraksi secara kompetitif oleh Aprilia adalah di Grand Prix (GP) Republik Czech, di Litar Brno

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

7/7/20251 min read

jorge martin
jorge martin

APRILIA berharap pelumba yang juga penyandang juara dunia MotoGP, Jorge Martin untuk kembali beraksi secara kompetitif di Grand Prix (GP) Republik Czech, di Litar Brno pada minggu depan.

Pengeluar Itali itu sebelum ini merancang supaya bekas pelumba Pramac Ducati itu untuk mengharungi sesi latihan pada 9 Julai ini di Misano, beberapa hari sebelum penyertaannya di GP Jerman pada minggu ini disahkan tidak akan berlaku.

Dan pelumba kelahiran Sepanyol itu dijadualkan untuk mengharungi satu lagi ujian perubatan susulan pada minggu ini.

"Jika dia OK, kami akan duduk berbincang dan meneliti dia dia berfikir dia akan bersedua untuk kembali berlumba," kata Pengarah Urusan Aprilia Racing, Massimo Rivola memetik laporan TNT Sports.

"Saya fikir Brno boleh menjadi sasaran yang bagus. Tetapi pertama sekali kami perlu melakukan satu langkah pada satu masa, kemudian kita akan lihat.

"Memperoleh satu perlumbaan sebelum rehat pasti bagus. Jadi secara mental, fizikal dia akan kembali mendapatkan rentaknya, dia boleh mendorongnya."

Martin mengharungi kempen mengecewakan pada musim ini apabila dipalit kecederaan.

Selepas dipalit kecederaan ujian pra-musim di Sepang, dia kemudian mengalami kemalangan yang menghalangnya untuk beraksi di pusingan pembukaan MotoGP di Thailand dan penampilan sulungnya pada musim ini di Qatar turut berakhir duka yang menyaksikannya tersisih sehingga sekarang.

Pada ujian perubatan terbaharunya pada minggu lalu, Martin disahkan tidak dapat menyertai GP Jerman yang dijadual pada 11 hingga 13 Julai.

Martin turut mencipta kontroversi apabila menyatakan hasratnya untuk meninggalkan Aprilia sejurus musim ini berakhir sekali pun memiliki kontrak selama dua tahun dengan Rivola menegaskan akan melakukan apa saja dan bersedia membawa kelemut itu ke mahkamah.