APRILIA SR GT (2023) 'Replica MotoGP' Diperkenal, 'Padu' Jika Tiba Di Malaysia!

TERKINI

9/19/20231 min read

SKUTER yang diposisikan dalam segmen 'Urban Adventure' terkenal keluaran Aprilia iaitu Aprilia SR GT, baru-baru ini diperkenalkan dengan skema warna dan corak grafik mengujakan edisi 'Replica MotoGP'.

Dipertontonkan oleh dua pelumba MotoGP Aprlia, Maverick Vinales dan Aleix Espargaro, edisi istimewa berkenaan dipadankan dengan kedua-dua model Aprilia SR GT iaitu 125 dan 200.

Dan seperti namanya, Aprilia SR GT Replica MotoGP tampil dengan corak grafik dan warna seperti jentera pasukan 'factory' MotoGP Aprilia.

Kepada yang masih tak tahu mengenai sejarah Aprilia SR GT, model berkenaan diperkenalkan buat pertama kali di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2021 dan dirasmikan pada tahun lalu.

Dan menariknya, Piaggio Malaysia tidak menunggu lama untuk membawa model berkenaan ke pasaran tempatan berikutan potensi yang dimilikinya.

Hanya melancarkan satu versi iaitu Aprilia SR GT 200, skuter yang turut memiliki perwatakan 'Sporty' itu menjadi antara 'best seller' jenama premium Itali itu ketika ini.

Seperti biasa, kelebihan model edisi istimewa ini hanya membabitkan teknologi kejuruteraan 'cover set' dan tidak membabitkan spesifikasi trenkuasa. Dan mengulas ringkas trenkuasa Aprilia SR GT 200, ia menghamburkan kuasa setinggi 17.4 Hp dan dikuasakan dengan trenkuasa Piaggio i-Get dan berstatus mematuhi piawaian Euro5.

Apa yang menarik di mana MotoGP boleh dikatakan 'dekat' dengan Malaysia, tidak mustahil Aprilia SR GT 200 Replica MotoGP bakal diperkenalkan. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.