APRILIA Tak Tertarik Sertai WSBK, Tak Adil, Macam MotoGP 'B'

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

1/16/20241 min read

APRILIA menolak sebarang pendapat untuk pengeluar Itali itu menyertai perlumbaan berprestij Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) yang dilabel sebagai MotoGP 'B'.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Aprilia di MotoGP Massimo Rivola, dinamik sedia ada di WorldSBK tidak selari dengan apa yang mahu dilakukan pengeluar itu ketika ini.

Justeru, selain mengkritik cadangan untuk jentera MotoGP dipadankan dengan enjin kurang berkuasa, Rivola turut menyatakan yang kejuaraan membabitkan jentera 'Superbike' itu sebagai tidak adil.

"Pandangan saya, memperlahankan jentera MotoGP juga bukan satu perkara yang bijak juga," kata Rivola kepada Speedweek. "Hujah pertama saya adalah kita tidak boleh lebih perlahan daripada 'Superbike'.

"Kita juga memerlukan mengehadkan harga untuk siri jenter kerana sesuatu yang tidak masuk akal untuk membenarkan jentera berharga 45,000 Euro (RM 230,099) bersaing dengan jentera berharga 25,000 Euro (RM 127,832).

"Kami tidak tertarik dengan Kejuaraan Superbike Dunia kerana ketika ini ia nampak seperti kejuaraan MotoGP 'B'. Jika mereka mengadakan peraturan yang adil, jadi saya juga gembira untuk berada di sana."

Komen Rivola nampak memang tertuju kepada pengeluar Itali, Ducati yang ketika ini menjadi peneraju di WorldSBK dari sudut pembangunan selain harga jualan jenteranya.

Pengeluar-pengeluar dari Jepun nampak tidak mahu menjual jentera mereka pada harga yang sama dan ia memberikan kelebihan kepada Ducati.