ARAHAN Pasukan? Ini Jawapan Franco Morbidelli

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

9/13/20241 min read

SELEPAS bergelut di awal musim, pelumba Pramac Ducati Franco Morbidelli tampak semakin serasi dengan jentera Desmosedici GP24 malah berjaya menaiki podium Perlumbaan Sprint GP San Marino 2024 minggu lalu.

Tetapi mengikuti peningkatan prestasi, timbul persoalan membabitkan 'siapa yang patut dibantu' berikutan situasi pelumba kelahiran Itali itu.

Seperti diketahui, rakan sepasukannya di Pramac Ducati, Jorge Martin sedang bersaing sengit dengan pelumba Ducati Lenovo, Francesco Bagnaia yang juga rakan baiknya serta graduan akademi VR46.

Dan ketika ditanya mengenai situasi itu, keutamaan bekas pelumba Yamaha itu adalah kepada Ducati.

"Saya berada di sana (bersaing). Tetapi mereka (Bagnaia dan Martin) masih pelumba paling laju di litar tetapi sudah tentu jika perkara berterusan seperti ini, akan ada perlumbaan yang kami akan berada di sana (bersama mereka) ketika mereka sedang bersaing merebut kejuaraan," katanya memetik laporan Crash.net.

"Kami perlu berfikir mengenai diri kami dan apa yang terbaik untuk Ducati, dan sudah tentu, untuk mereka juga.

"Ia pasti sulit untuk membuat pilihan yang betul, tetapi kami akan membincangkannya bersama-sama dan membuatkan pilihan yang betul."

Morbidelli berkata, dia berharap untuk terus mempunyai 'masalah' yang sama selepas ini.

Ketika ini, Martin menghuni tangga ke-12 carta pelumba, ketinggalan 222 mata di belakang Martin.