ARIIC Gobi 250 (2026) Tiba Di Cawangan Pengedar MForce Bike
Tampil dengan rekaan garang 'Adventure' yang diminati pasaran ketika ini, apa yang membuatkan ARIIC Gobi 250 lebih menarik adalah ia hadir dengan 'jajan' seperti 'Crash bar' dan visor angin boleh laras manual tinggi secara standard
TERKINI
8/1/20261 min read


SELEPAS 2 kali dipertontonkan kepada umum termasuk di acara MForce Moto Xperience 2026 Mei lalu, skuter bergaya 'Adventure' dari jenama ARIIC iaitu ARIIC Gobi 250 (2026) akhirnya mendarat di cawangan pengedar MForce Bike seluruh negara.
Ditawarkan pada harga asas RM 13,988 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans), ARIIC Gobi 250 hadir dalam 3 pilihan warna iaitu:
Carbon Black
Velocity Grey
Mystic Purple
Tampil dengan rekaan garang 'Adventure' yang diminati pasaran ketika ini, apa yang membuatkan ARIIC Gobi 250 lebih menarik adalah ia hadir dengan 'jajan' seperti 'Crash bar' dan visor angin boleh laras manual tinggi secara standard.
Meningkatkan gaya 'ADV' ARIIC Gobi 250 adalah dengan penggunaan fork depan jenis terbalik (USD) dan rim jejari.
Tidak sekadar hadir dengan rekaan menarik, ARIIC Gobi 250 turut lengkap dengan pelbagai ciri moden antaranya panel meter TFT berwarna 7 inci, Sistem kunci pintar, lampu LED penuh, kamera 'dashcam' dan sistem pemantauan tekanan angin tayar (TPMS).
Selain itu, ia tampil dengan ruang simpanan bawah pelana yang mampu memuatkan sebuah topi keledar penuh.
Di bahagian trenkuasa, ARIIC Gobi 250 dipadankan dengan enjin 249 cc. 1 Silinder, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Fi yang digandingkan dengan transmisi automatik CVT.
Kuasa dihamburkan pada angka 22.5 Hp pada 8,000 rpm dan tork 23.5 Nm dan 5,000 rpm .
Dari segi keselamatan, ARIIC Gobi 250 dilengkapi dengan brek cakera tunggal (depan/belakang) yang lengkap dengan sistem ABS 2 saluran dan Traction Control (TCS).
Info lain adalah seperti:
Set roda 110/80-14 (depan), 130/70-13 (belakang)
Port USB Type-A dan Type-C
Tangki bahan api 12.5 liter
Tinggi pelana 780 mm
Berat 176 kg
Seperti biasa, pembelian setiap ARIIC Gobi 250 boleh menikmati jaminan perbatuan tanpa had untuk tempoh dua tahun serta perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh ARIIC Malaysia.



